20200407

Nut Now

Hey,

It's me again.

I've fucked up so many times, yet I still outshine most of people I met. God bless. Sometimes it feels like I'm so gifted and I'm always taking it for granted. And you know what makes it worst? I know I could do better but I didn't. I stay in that dimmed light and hoping for a bright light will come to me. I didn't seek for it. All I do is, sit and enjoy my comfort routine. Didn't bust a head to blow some unthinkable out of the box ideas and stuff. I'm always been living like this and I hate it.

God knows how much I hate being this and do nothing over it. Fml.

20200405

Amplified Act

Hey,

It's me. I feel like shit again. Thus why I'm here ranting. This whole 2020 has been so tiring even its just the first quarter tho. Day by day, night by night. Nothing good has really happened to me. Idk if this is what I deserve since I barely 'talk' to him. Either way, I'm losing myself in this process. Might as well just disappear. Life is complete mess and all I have is...im not sure what I have rn. And yeah, syukur alhamdulillah. Nobody will ever notice this.

20191116

Berhak Benak

Assalamualaikum
&
Greetings...


Aku pernah bodoh.





2 tahun lalu, aku dijemput ke konvokesyen untuk sijil sulung aku selepas SPM. Setelah 3 kali aku sambung belajar di institusi pengajian awam, ini kali pertama aku berjaya lunaskan semua aral dan ujian untuk menggenggam segulung sijil. Jujur, hati aku paling tenteram dan ceria pada tahun itu. Dalam masa yang sama, aku sambung menuntut ilmu dalam bidang yang sama di tahap yang lebih tinggi. Baru 2 minggu dalam kelas di tahap empat DKM, aku pergi konvo sulungku di ILP Mersing. Hampir semua kenalan sekuliah reunion di hari tersebut. Bonda dan ayahanda turut hadir, terlakar senyum lebar di muka mereka. Mungkin itulah kali pertama dan terakhir aku buat mereka tersenyum begitu. Majlis berjalan lancar, tiada aral. Tamat sesi istiadat, aku cari bonda. Kami bergambar dengan Mr Hafiz, sifu aku. Beberapa kenalan di hadapan pentas utama.

Hah. Semuanya masih segar. Bagai baru semalam, tiada bibit yang tersingkap lepas dari memori lemahku ini.

Usai bersalaman dengan kenalan, aku pinta bonda dan ayahanda untuk terus beredar pulang. Bonda berhasrat mahu bergambar di studio berdekatan, demi mengabadikan momen momen tersebut.

Taknaklah, next time la masa angah diploma.


Aku rasa bonda tersinggung dengan katakata aku waktu itu. Bonda cuma tersenyum kelat mendengar. Aku masih ego. Masih bodoh. Walhal, aku taknak bergambar sebab terkilan, wanita yang aku puja dan sedang hangat bercinta dengan pada ketika itu tidak dapat hadir sekali. Katanya tak punya ringgit untuk sewa bilik penginapan dan keperluan. Itu kata dia. Sekarang aku sedar semuanya cuma alasan.

Tak apa, lagi setahun lebih hingga aku tamat dan akan konvo sekali lagi.

Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Ogos 2019 tiba. Panggilan untuk hadir ke istiadat konvokesyen. Buat kali ke dua. Aku rahsiakan semua dari bonda, dari alif hingga ya. Sehingga 5 hari sebelum kejadian. Hati terasa membatu, berat dan sarat. Akhirnya aku cantas ego dan ceritakan pada bonda. Bonda gembira. Sibuk dia menelaah media dan laman sesawang meneroka bilik atau rumah penginapan untuk kami sekeluarga. Aku rasa gembira. Aku persetan hal hal yang membuat hati aku rasa terheret. Tapi aku lupa, yuran majlis masih tertunggak kerna sejujurnya, jasad dan nyawa tidak mahu hadir mahupun berkait dengan istiadat kali ini. Aku minta ayahanda lunaskan yuran tersebut, sebab gaji aku masuk lewat tidak seperti selalunya. Janji aku pada ayahanda akan bayar semula setelah bayaran bulanan diterima. Hingga hari terakhir tuntutan, aku masih tidak boleh lunaskan pembayaran. Masa berlalu, tiada transaksi diterima lagi. Sugul. Jiwa, fizikal dan ketulan daging induk yang menggerak segala urusan badan terasa kebas. Tiada tanda tanda kehadiran seratonin, dopamin, oksitosin dan endorfin. Kelam, semuanya.

Ada empat isu yang menjadi punca. Semuanya adalah asbab kenapa aku memutuskan untuk tidak menyampaikan berita istiadat yang akan di langsung kan pada awalnya. Entahlah.


Sehingga.


Hari kejadian tiba, aku termenung sendiri. Di kaunter, menyambut, menerima dan melayan. Masih berseragam syarikat. Terikat. Bonda? Entah, aku tidak bertegur dengan dia. Wanita yang menjadi punca aku menolak tawaran bonda? Mudah. Selingkuh. Hujung cerita, aku hilang semua.





Bonda masih berkecil hati.


Aku pernah bodoh.
Aku masih bodoh.

Orang bodoh selalunya kelakar.
Kau rasa aku kelakar?



20191023

Nego Le'go

Assalamualaikum
&
Greetings...





Aku berhenti buat semua benda yang aku suka. Aku pisahkan diri aku dari dunia. Aku tak kisah kalau tiada orang kisah. Apa aku tahu, aku buat kerja aku.

Aku ada masalah ke apa, semua aku telan. Aku hidup dengan beban. Kadang tak tahan, tapi aku taknak luahkan. Beribu aku habis untuk dapatkan satu satunya mimpi yang aku khayalkan. Ya, aku merayu pujuk mengemis ehsan dari insan yang langsung tak hargai semua nukilan dan pengorbanan. Dia bukan manusia yang sempurna, tapi aku lupa aku punca segalanya. Aku kembali mencari kunci hati yang dibalas remukkan buat kali entah keberapa. Sekarang, aku terhuyung hayang mengenang nasib yang tidak dipandang apatah di kenang.

Jujur, aku benci dunia, aku benci dia, aku benci semua. Tapi aku tidakkan kurniaan tuhan, yang turun tiada tertahan. Limpah rezeki  seluas lautan. Aku lupa jodoh itu bukan aku uruskan. Aku lupa ajal itu bukan aku tetapkan. Tapi aku masih merobek jiwa dan naluri untuk singgah ke hati yang hanya menghulur perit, pedih yang tak kebah. Merembes resah, susah tiada sudah.

Aku lupa aku ada beberapa insan yang sudi melempias ihsan. Walau sekadar sepatah teguran untuk meneman.

Jadi sekarang, aku sedar segala khilaf. Aku sedar apa aku hilang. Aku sedar apa yang aku buang. Aku tahu aku tak mampu kutip semua, aku tahu apa yang aku buat meninggalkan bisa. Maaf takkan cukup.

Itu saja nukilan yang aku ukir tanpa senyuman untuk ditatap kamu dari hujung talian.





20181216

Losing

Assalamualaikum
&
Greetings...




Its been a while since the last time. I've promised myself to write as much as I did before.
Today, I'm finally finished diploma life. Its not so hard but, I felt I'm far behind. I mean, too far behind.



I was upset because I lost someone who doesn't love me at all. While Nadia, lost her father; Aten losing his mother. There's always greater sadness upon others than just us. I believe, I'm on a journey that just begun.
Today is the day,
Today is the perfect timing to aim higher.
May Allah ease.



Al-Fatihah.


20181203

In Mood

Assalamualaikum
&
Greetings
I was in the mood to type again. It's been so long since I let my fingers dancin on the keyboard while streaming slow music. Its not that I'm lonely. I was just really enjoy doing things like this most of the time.
Back then, when I wasn't this broken I knew I could type so much things that rhyme. Maybe I wasn't that good now. For sure.
Just take a look on the past for a moment. What did you achieved, done and lost. Everything happened for a reason. I knew I wasn't enough. I knew I can't provide anyone with happiness except despair. I'm really sorry to those people who came into my life but had left me because they had no other option. I am. Let's drop everything and agree we never met before. A total stranger.
The lost, I don't know how to express any feelings anymore. At least for the time being.
...and I rather not to...
...maybe ever...
I don't need this kind of pain anymore. I'm so done.

20180115

Dean

Assalamualaikum
&
Greetings...

Its been quite a time since the last time I've achieved something in academic purposes. This time, without failed I've done something for me mom and myself. Thanks to all to those who help me thru this journey. Especially Hafizah for motivates me so much and she is the one who ask me to came and study with her at the very first place. Alhamdulillah and thanks God for this gifted memories that I will perished till the end of time. May this success doesn't stop me to help others to find their own success.

Best regards,
Akallic.

















p/s: I love you Hafizah!

20171227

Selaku Salahku

Assalamualaikum
&
Greetings...

Syukur pada tuhan kerna masih memberi aku peluang berdiri di atas dunia ini selama 24 tahun mengecap nikmat dunia yang tidak pernah putus. Moga diri ini sentiasa dalam landasan yang betul dan jika menyimpan segera kembali pada landasannya. Terima kasih buat keluarga, kekasih dan sahabat untuk ucapan dan doa yang tiada putus-putus. Syukur.