PEMILIK

Assalamualaikum
&
Greetings..
















BIOGRAPHY

SYAFIQ, 25
AKALLIC
27 DIS 1993
PONTIAN, JOHOR.










Dilahirkan di hospital besar daerah pontian pada tanggal 27 Disember 1993 jam 5.15 pagi dan dibesarkan dalam negeri jajahan takluk darul takzim.
Diberi pendidikan awal di taman didikan kanak-kanak KEMAS pada usia 6 tahun dan berterusan di Sekolah Kebangsaan Kampung Sawah hingga tamat darjah 6, pendidikan diteruskan pada peringkat sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Yunos Sulaiman di Pekan Nenas, beliau berjaya tamat pengajian di sekolah tersebut serta dapat 2 sijil yang disahkan Kementerian Pelajaran Malaysia, Sijil Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia.






Beliau kemudian berkecimpung dalam bidang Agro Business dan mengambil Diploma di Kolej Professional Mara Beranang sehingga semester 3 dan mula berubah hati, serta hilang minat dan mengambil keputusan untuk berhenti.
Kini beliau menyambung pengajian di Institut Latihan Perindustrian Ledang dalam bidang Teknologi Komputer Rangkaian, Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3.
Beliau juga pernah berkecimpung dalam pelbagai jenis bidang lain seperti permotoran, bisnes, fraud,  gaming dan sebidang tanah yang diusahakan sehingga dapat menjalankan sebuah syarikat tempatan dibawah usahasama Universiti Kebangsaan Malaysia.
Salasilah keluarga beliau pula secara amnya berkedudukan dalam kelompok keluarga sederhana, dimana ibu beliau adalah seorang tenaga pengajar yang telah berkhidmat dengan Kementerian Pelajaran Malaysia selama lebih 20 tahun.
Anak kedua daripada lima beradik, beliau lah yang paling tidak banyak bercakap dan bercakap bila ada benda bodoh sahaja. Malahan, beliau juga telah membuktikan bahawasanya antara lima beradik, beliau lah yang paling perlahan dalam mentafsir sebarang bahan ilmiah serta tiada daya ingatan yang memberangsangkan seperti tiada sel-sel otak yang berhubung.
Beliau juga mempunyai beberapa rakan baik, dua orang manusia yang bergelar Rafi dan Ahmad Naufal sudah menjadi seperti saudara sedaging sedarah dan sesial kerana saling memahami dan mendaftar syarikat bersama dan melihat pembangunan syarikat mereka juga secara berjemaah tanpa merasa akan kewujudan aspek bersaing antara satu sama lain, yang mana dalam hal ini beliau dan rakan-rakan  menggunakan satu prinsip
GAGAL BERSAMA ITU KURANG SEDIHNYA DARIPADA MELIHAT SEORANG RAKAN SAHAJA YANG GAGAL!
Beliau juga turut meneruskan pendidikan kemahiran dalam kursus Teknologi Komputer Rangkaian ke peringkat Diploma Kemahiran Tahap 4 dan menjalani sesi latihan industri di Telekom Malaysia Berhad cawangan Pontian dibawah bumbung SDZ Iskandar Puteri Pontian.






Dan semenjak itu jualah beliau berhenti bercita-cita untuk tidak mengejar kejayaan sendirian, setiap apa yang beliau mahu  lakukan, tiada unsur-unsur pentingkan diri sendiri. Susah bersama, Gembira pun bersama.
Beliau juga telah dididik untuk saling menghormati, yang mana dalam tempoh beliau bergelar pemimpin beliau tidak pernah menggunakan prinsip memukul, menengking atau sebarang prinsip yang akan menimbulkan perasaan takut dan hilang rasa hormat. Sememangnya itulah yang menjadikan diri beliau mudah didekati dan mudah meminta sebarang pertolongan.
Sehingga ke hari ini, beliau masih lagi berpendapat, tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.














Moga Allah Redha.