20191116

Berhak Benak

Assalamualaikum
&
Greetings...


Aku pernah bodoh.





2 tahun lalu, aku dijemput ke konvokesyen untuk sijil sulung aku selepas SPM. Setelah 3 kali aku sambung belajar di institusi pengajian awam, ini kali pertama aku berjaya lunaskan semua aral dan ujian untuk menggenggam segulung sijil. Jujur, hati aku paling tenteram dan ceria pada tahun itu. Dalam masa yang sama, aku sambung menuntut ilmu dalam bidang yang sama di tahap yang lebih tinggi. Baru 2 minggu dalam kelas di tahap empat DKM, aku pergi konvo sulungku di ILP Mersing. Hampir semua kenalan sekuliah reunion di hari tersebut. Bonda dan ayahanda turut hadir, terlakar senyum lebar di muka mereka. Mungkin itulah kali pertama dan terakhir aku buat mereka tersenyum begitu. Majlis berjalan lancar, tiada aral. Tamat sesi istiadat, aku cari bonda. Kami bergambar dengan Mr Hafiz, sifu aku. Beberapa kenalan di hadapan pentas utama.

Hah. Semuanya masih segar. Bagai baru semalam, tiada bibit yang tersingkap lepas dari memori lemahku ini.

Usai bersalaman dengan kenalan, aku pinta bonda dan ayahanda untuk terus beredar pulang. Bonda berhasrat mahu bergambar di studio berdekatan, demi mengabadikan momen momen tersebut.

Taknaklah, next time la masa angah diploma.


Aku rasa bonda tersinggung dengan katakata aku waktu itu. Bonda cuma tersenyum kelat mendengar. Aku masih ego. Masih bodoh. Walhal, aku taknak bergambar sebab terkilan, wanita yang aku puja dan sedang hangat bercinta dengan pada ketika itu tidak dapat hadir sekali. Katanya tak punya ringgit untuk sewa bilik penginapan dan keperluan. Itu kata dia. Sekarang aku sedar semuanya cuma alasan.

Tak apa, lagi setahun lebih hingga aku tamat dan akan konvo sekali lagi.

Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Ogos 2019 tiba. Panggilan untuk hadir ke istiadat konvokesyen. Buat kali ke dua. Aku rahsiakan semua dari bonda, dari alif hingga ya. Sehingga 5 hari sebelum kejadian. Hati terasa membatu, berat dan sarat. Akhirnya aku cantas ego dan ceritakan pada bonda. Bonda gembira. Sibuk dia menelaah media dan laman sesawang meneroka bilik atau rumah penginapan untuk kami sekeluarga. Aku rasa gembira. Aku persetan hal hal yang membuat hati aku rasa terheret. Tapi aku lupa, yuran majlis masih tertunggak kerna sejujurnya, jasad dan nyawa tidak mahu hadir mahupun berkait dengan istiadat kali ini. Aku minta ayahanda lunaskan yuran tersebut, sebab gaji aku masuk lewat tidak seperti selalunya. Janji aku pada ayahanda akan bayar semula setelah bayaran bulanan diterima. Hingga hari terakhir tuntutan, aku masih tidak boleh lunaskan pembayaran. Masa berlalu, tiada transaksi diterima lagi. Sugul. Jiwa, fizikal dan ketulan daging induk yang menggerak segala urusan badan terasa kebas. Tiada tanda tanda kehadiran seratonin, dopamin, oksitosin dan endorfin. Kelam, semuanya.

Ada empat isu yang menjadi punca. Semuanya adalah asbab kenapa aku memutuskan untuk tidak menyampaikan berita istiadat yang akan di langsung kan pada awalnya. Entahlah.


Sehingga.


Hari kejadian tiba, aku termenung sendiri. Di kaunter, menyambut, menerima dan melayan. Masih berseragam syarikat. Terikat. Bonda? Entah, aku tidak bertegur dengan dia. Wanita yang menjadi punca aku menolak tawaran bonda? Mudah. Selingkuh. Hujung cerita, aku hilang semua.





Bonda masih berkecil hati.


Aku pernah bodoh.
Aku masih bodoh.

Orang bodoh selalunya kelakar.
Kau rasa aku kelakar?



No comments:

Post a Comment