&
Greetings..
Dah beberapa hari aku tak update status kat facebook, dah berapa banyak juga benda yang aku nak kongsi terpendam dalam diri. Takpa. Itu semua tak penting. Aku lihat pada seni tari jejari manusia. Banyak yang aku suka. Ya. Banyak. Aku tontonkan satu per satu di sini sana, aku dengarkan satu per satu di sini sana. Semuanya aku suka. Aku biarkan segalanya berjalan seperti biasa. Cuma kadang sahaja teguran aku menerpa. Tapi teguran aku itu dianggap tidak membina. Sial. Aku tak kisah, yang penting kau dapat apa mesej aku. Aku tegurkan dengan budi bicara manusia kepada yang patut terimanya sebegitu rupa. Bila kau terima sebaliknya, fikirlah apa kau kata pada manusia seperti aku. Aku tak mahu kau dianggap binatang yang tak tahu apa itu adab dan apa itu budaya. Senang. Marah. Bukan aku, aku ini susah dan penyabar. Susah bermaksud kadang-kala aku terlalu spesifik ketika berfikir satu benda yang remeh. Ya, banyaknya hal perempuan. Tapi bukan perempuan sahaja yang aku sasar. Lelaki juga. Tetapi aku tahu, lelaki punya ego. Biar dia kenal aku baru aku tegur. Bukan. Bukan aku abaikan kaum sejenis aku, bukan juga membela mereka. Aku buat begitu bersebab. Sebabnya aku tidak berbicara dengan kamu, wanita, bila bersemuka. Aku hanya berani bicara di laman maya. Lelaki pula sebaliknya, aku akan tegur didepan mata jika tampak silap mereka yang ketara. Silap kecil juga aku tegur. Tapi itu semua bergantung pada kimestri antara aku dan dia atau mereka. Kata sial, bodoh, babi, cilaka dan gampang itu semua buah tangan yang akan aku hadiahkan pada rakan-rakan, tapi untuk sahabat, aku pekatkan cara dan gaya aku. Aku bicara pada sahabat aku dengan tutur lembut, dengan bicara beradab serta berbudaya. Jangan salah faham. Aku bukan golongan maksum yang tidak pernah salah. Bukan juga golongan ultras serbanitas yang menolak pandangan manusia mentah-mentah. Aku golongan manusia yang berfikir mana silap aku. Bukan silap korang semua. Musabab bila mesej aku pada korang semua tidak terima, itu semua angkara aku, silap aku dan cuai aku. Kalau aku hanya reti tegur tanpa buat, itu kerana aku mahu kita sama-sama buat. Dalam masa yang sama, itu semua sebagai PERINGATAN SENDIRI.
OUT
Biasalah , Allah ciptakan manusia dengan pelbagai ragam :)
ReplyDeleteYep.Betul tu. :)
Delete