20121206

Jaga Hati

Assalamualaikum
&
Greetings..

Tatkala Tanjung anak Bayu mentelaah, awan mendung menguraikan rerintis air membasahi bumi. Semakin lama, semakin banyak yang melimpah dari awan mendung itu. Tanjung berhenti mentelaah, fokusnya pergi. Ketika itu Sarip, anak orang kaya sekampus dengan Tanjung, sedang bermesra dengan aweknya dihadapan pintu rumah sewa mereka. Sabar, Tanjung mengingati kata-kata emaknya, jaga hati orang, biar hati sendiri sakit takpa. Kampung halamannya menghias gelap petangnya diwaktu hujan itu. Tanjung hanya berdiam. Lama kemudian dia terlelap.

Hari sabtu, hari itu tiada kuliah bagi setiap pelajar di kampusnya. Tanjung menghabiskan masa di rumah perlindungan haiwan liar. Kerana dia berasal dari kampung, jadi minatnya pada haiwan liar sangat kuat. Masa-masa terluangnya hanya dihabiskan di sana, berbeza dengan anak muda yang lain. Berfoya dibandar, berjimba tak kira masa dan menghabiskan sisa hidup di kelab-kelab malam, kononnya hidup mereka terlalu tertekan.

Malam. Tiap malam minggu pula, Tanjung akan siapkan segala tugasannya.

"Jong, nak ikut aku tak?"

"Tak apa lah, aku nak siapkan assignment ni ha. Kau pergi ja. Kuncikan pintu"

"Betul ni?"

"Ya, kau pergi ja lah"

"Alang-alang kau buat assignment tu, kau tolong buatkan aku punya sekali ye"

Diam.

"Lepastu jangan lupa printkan sekali. Buat dua copy. Satu untuk aku, satu lagi untuk Luna"

"Hmm.."

Pintu rumah dihempas. Bunyi kunci menandakan Sarip sudah pergi.

"Jaga hati orang nak, biar hati kita sakit, takpa" suara halus milik ibu bertutur dalam minda Tanjung. Tanjung hanya mengangguk. Tugasannya diteruskan. Jam 2 pagi. Tanjung masih duduk dihadapan komputernya, walaupun matanya berat seberat berpuluh-puluh gelen minyak masak cap Aliff, dia masih meneruskan juga. Papan kekunci masih laju ditekan-tekan. 'Topik 8' 'Mohd. Sarip Bin Sulaiman'; perkataan-perkataan tersebut di sergamkan pada helaian muka surat pertama. Jam 5. Selesai segala tugasnya dikomputer. 3 buah buku tugasan dia letakkan di atas meja belajar. Suis lampu dipadamkan. Tidur.

Bunyi bising membuat Tanjung terjaga, hari masih awal. Tanjung lihat jam disebelah katilnya. Jam 6.45 pagi. Tanjung bangun, pintu rumahnya masih diketuk-ketuk. Sarip dan sorang perempuan muda masuk. Marah sungguh Sarip bila Tanjung lambat membuka pintu untuknya, Tanjung diterajang diperut. Kemudian Sarip berlalu ke biliknya bersama anak jalang yang ikut dia balik kerumah ini. Tanjung bangun, tangannya pula mengelus lembut perutnya yang senak dek senario yang baru terjadi sebentar tadi. Dia kembali tidur.

Setiap malam minggu, itulah aktiviti Sarip. Lepas seronok berfoya-foya dengan rakan-rakannya, dia kembali kerumah bersama seorang anak jalang. Seminggu lepastu baru anak jalang tersebut keluar dari rumah mereka. Tanjung cukup lali dengan perangai Sarip. Dengus-dengus nafsu serakah menerjah ke deria pendengaran Tanjung, fokusnya lari. Sial, getus hati Tanjung. Tapi dia masih sabar. Kerana mahu menjaga hati rakan serumahnya, dia diamkan diri. Kerjanya terbengkalai.






Beberapa jam kemudian, pintu bilik Sarip terbukak. Anak jalang itu keluar berlenggang ke dapur, dia buka pintu peti ais. Kemudian dia masuk ke bilik Sarip semula. Kedengaran Sarip dan anak jalang itu berbisik-bisik. Tiba-tiba Sarip masuk kebilik Tanjung dan menengking-nengking Tanjung yang sedang rehatkan diri. Tanjung bangun, Sarip senyap.

"Kau nak apa?"

"Nadia kata dalam peti sejuk takde makanan apa-apa, kau tak beli ke?!"

"Aku takde duit, aku sendiri tak makan. Kalau dia nak, suruh dia beli sendiri guna duit lelaki dia"

"Eh, sial! Aku bagi kau tumpang kat sini pun dah cukup bagus!"

"Sarip, aku bayar sewa tiap-tiap bulan. Bukan aku tak bayar"

Sarip diam. Nadia masuk kebilik, dia keluarkan not-not merah beberapa keping dari celah bajunya.

"Nah! Sekarang kau pergi belikan kami berdua makanan. Pergi cepat!"

Anak jalang itu memekik-mekik seperti setan kepanasan. Tanjung tersenyum. Not-not merah tadi Tanjung ambil. Di genggam kemudian dia berdiri betul-betul di hadapan Nadia.

"Macam mana orang beri, macam itulah akan aku pulangkan. Tapi jangan risau, aku baik hati, aku suka menolong orang. Aku juga tak mahu orang terasa hati dengan aku. Biar aku tolong"

Tanjung berlalu pergi, kunci, beg duit, jam dan sehelai jaket hitam dicapai oleh Tanjung, pintu rumah di tutup perlahan.

Beberapa minit kemudian Tanjung kembali. Pintu rumah tidak berkunci. Tanjung masuk. Pintu bilik Sarip diketuk perlahan. Nadia membuka pintu. Dua bungkus makanan Tanjung lempar ke lantai bilik Sarip. Nadia terkejut. Tanjung senyum.

"Macam mana kau bagi duit itu tadi, macam itulah aku pulangkan pada engkau"

Nadia hanya terdiam. Tanjung masih tersenyum. Sarip keluar dari Tandas. Sarip terpijak butir-butir nasi di atas lantai biliknya. Dia berang.

"Anak haram mana yang sepahkan bilik aku ni?"

"Ni! Anak haram ni yang sepahkan bilik you!"

"Sial betul la kau ni orang asli! Kau tak sedar diri lagi ke? Kau tu menumpang!"

Tanjung dipukul bertubi-tubi. Sarip yang hilang sabar tidak dapat mengawal diri lagi. Nadia pula tersenyum puas bila melihat Tanjung dipukul separuh mati oleh lelaki yang membelinya awal pagi tadi. Tanjung juga menjadi marah. Muka Sarip dibedal secukupnya, darah memercik sana-sini, nasi-nasi yang bertaburan melekat-lekat pada Sarip dan Tanjung. Tanjung tidak berhenti menghentak-hentak kepala Sarip ke dinding, darah meleleh di pipi Sarip. Tanjung berhenti. Dia lihat pula Nadia. Rambut kusut Nadia di tarik dan disentap dari kepala. Nadia yang cuba melarikan diri terjatuh bila bekas-bekas minyak daripada lauk-pauk yang tertumpah sebentar tadi. Hidungnya mengalirkan darah pekat. Nadia bangun, dia lapkan hidungnya sambil teresak-esak. Tanjung mengheret Nadia kembali ke dalam bilik Sarip. Pisau di dapur kini berada dalam genggaman Tanjung. Dua pasangan itu diikat di tepi meja bilik Sarip. Bilah pisau ditusuk masuk ke dada Sarip. Tanjung melakukannya dengan tersenyum selamba. Dari tusukan, dia toreh badan Sarip membentuk satu bulatan. Sarip hanya diam. Darah-darah hanya tersembur dari mulutnya. Terlihat air mata pula di wajah Nadia. Mulutnya ditutup dengan pita. Tanjung pula merobek kawasan yang dia toreh pada Sarip tadi. Hati Sarip dia keluarkan, dia letak atas pinggan kecil. Kemudian dia beralih pula pada Nadia. Lelahan air mata semakin lebat membasahi pipi dan turun ke leher yang penuh dengan gigitan manja. Tanjung membuka ikatan yang mengikat Sarip. Sarip terjelepuk ke sisi Nadia. Wajah Sarip membiru, kedua bijik matanya pula seperti menenung wajah Nadia. Nadia meronta tanpa suara, meja yang diikat dengannya bergerak-gerak. Bising. Tanjung terajang kepala Nadia. Senyap.

"Sabar! Giliran kau akan tiba. Tapi untuk masa ni, aku akan simpan kau dulu"

Tanjung membersihkan darah-darah di bilik Sarip. Tubuh Sarip dia heret. Beg plastik berwarna hitam dikeluarkan daripada laci dapur. Tanjung memotong dan melapah daging Sarip kemudian dia masukkan dalam beg plastik tadi. Satu malam Tanjung didapur menguruskan Sarip.

"Hari ini aku nak keluar, kau duduk rumah ya"

Tanjung mencium dahi Nadia. Nadia hanya menangis. Hari itu Tanjung melawat rumah perlindungan haiwan liar seperti biasa. Beg plastik yang diseret dari tadi dia buka. Daging-daging yang dibungkus dalam beg plastik itu dilempar pada haiwan-haiwan disitu. Rakus sungguh hidupan-hidupan disitu. Kedengaran dengusan kuat kucing hutan dan singa yang di kurung di situ. Tanjung menghulurkan ketulan kaki kiri pada singa dan ketulan kaki kanan pada kucing hutan tadi. Tanjung berlalu pergi. Binatang-binatang liar tadi sibuk meratah daging yang diberikan Tanjung. Pulang ke rumah. Dia lapar, peti sejuk dibuka, sekotak susu segar dikeluarkan, kemudian dituang pada mangkuk kosong. Semasa Tanjung mahu menyimpan kembali kotak susu itu, dia terlihat pada bekas yang berisi hati Sarip. Dia senyum.

"Mak, aku takkan pernah kecewakan engkau. Lihat, aku akan jaga hati kawan aku ini sampai bila-bila.."

Kemudian, salah satu kabinat didapur dikuak, sekotak bijiran dikeluarkan dan dituang kedalam mangkuk yang sudah berisi susu sebentar tadi. Tanjung makan sarapannya hingga kenyang. Kemudian dia masuk ke bilik Sarip.

"Sayang, aku tak boleh simpan kau lama-lama. Nanti kau busuk. Siapa nak bagi kau makan? Siapa nak mandikan kau? Siapa nak jaga kau? Jadi apa kata aku percepatkan giliran kau. Kau jangan risau.."

Tanjung tersenyum jahat. Air mata Nadia semakin laju mengalir.

"Aku akan JAGA HATI kau.. macam hati Sarip"






















OUT

No comments:

Post a Comment