20121218

Sia-sia

Assalamualaikum
&
Greetings..

Tidak perlu muzik untuk aku tarikan jemari kaku ini untuk menaip sesuatu menjadi ayat yang aku gubah dengan minda kosong dipagi hari. Aku mulakan bicara dengan niat yang aku sendiri kabur akan usulnya.

Seminggu berlalu, akhirnya atuk dah keluar dari tahanan. Tahanan doktor. Penat bukan isu pada aku semasa menjaga orang sakit, tapi keluangan masa yang tak terisi itu satu isu utama berada di hospital pada malam hari tanpa berbuat apa-apa yang berguna. Dua tiga malam hari berlalu, semua begitu. Sial. Bukan salah siapa-siapa, mungkin kerana ia salah aku sendiri. Kenapa? Entah kenapa dari dulu lagi aku gagal dalam isu mengurus masa dan mengisi masa. Banyak yang aku lalui tanpa faedah. Dan banyak juga masa yang memendekkan jangka hayat manusia aku ini. Semuanya, hampir semuanya dipersia-siakan tanpa sengaja. Tanpa perasan. Tanpa sedar dibawah minda yang segar.



Aku ulitkan bicara disini sebagai tanda aku mengisi sedikit masa dipagi hari, aku isi dengan aktiviti kurang berfaedah ini sekurang-kurangnya aku tidak lagi banjiri minda ini dengan idea-idea mustahil dalam mimpi atas katil dalam selimut dipagi hari. Imaginasi. Mimpi. Ini semua tahi. Ya, tahi. Tahi pada mereka yang tak tahu seni, macam aku.

Bebel, suara bebelan yang kedengaran menerjah masuk ke liang telinga menggegar gegendang dalamnya. Saat aku menaip, saat itu bebelan juga terus berjalan. Tiada tangkisan, tiada jawapan. Paling penting, tiada respon negatif. Itu yang aku elakkan seawal pagi ini. Emosi ini tak perlukan gesaan dipagi hari.

Sehingga panjang sebigini aku menaip, aku sudah isi masa dengan sedikit faedah. Lihat. Dengar. Fikir. Luah. Itu yang aku lakukan pagi ini. Semua mengikut turutan. Sampai sini sahaja. Mungkin aktiviti ini berfaedah bagi aku, tapi tidak bagi korang. Jadi, jangan salahkan aku menaip benda sia-sia disini. Cuma ingin korang tahu, sebentar lagi baru aku akan pergi bercuti. Ha. Baru mula bercuti.

No comments:

Post a Comment