&
Greetings
I
Aku tersandar kedinding ditepi katil, mengeluh panjang. Apa yang sebenarnya yang dah terjadi. Aku capai telefon bimbit dibirai katil, 16 panggilan tak berjawab. Aku bangun, lampu bilik aku padam. Kipas memang dari tadi aku tidak 'on' kan, malam ini hujan, aku kesejukkan. Kunci motor aku genggam erat. Selepas pintu terkunci aku turun mengikuti tangga ke 'ground floor' Pak Cik Razi seperti biasa tertidur di atas kerusi pintu depan apartmen kami, mengantuk barangkali. Motor dihidupkan, aku terus bergerak laju, bandar malam yang sepi itu aku bingitkan dengan deruan motor aku. Laju.
"..Yaasin.."
Aku tiba diperkarangan kampung halaman tepat jam 5 pagi. Empat jam perjalanan. Aku matikan enjin motor, kemudian aku masuk..
"Assalamualaikum.." sambil mencium tangan Pak Rauf aku meluru masuk, dua kujur tubuh terbaring dikelilingi orang ramai. Sebak. Aku tahan air mata dari mengalir. Perlahan aku langkah menghampiri jasad yang sudah ditutupi dari hujung kepala hingga hujung kaki dengan sehelai kain batik. Aku mengucap. Pak Rauf berbisik. Aku semakin sebak. Aku melutut ditepi salah satu jasad tersebut. Aku selak kain batik yang menutup muka mayat tadi. Pejam. Perlahan aku cium dahi emak. Setitis air mata jatuh membasahi dahi emak yang kian kering. Aku lapkan air mata. Kemudian aku pandang wajah Pak Rauf. Dia mengangguk. Aku beralih ke sisi mayat yang satu lagi, aku selak kan kain batik yang menutupi wajah mayat satu lagi tersebut. Laju air mata aku mengalir. Abah. Muka abah tampak sayu, dia seperti tersenyum lena dalam tidur. Aku bingkas bangun, aku dapatkan Pak Rauf, Aku pula berbisik pada dia. Dia menghalakan ibu jarinya ke bilik..
"Adik.." perlahan aku panggil adik aku, kedengaran esakkan seorang gadis. Mak Su bangun meninggalkan aku dan adik aku.
"Kenapa tak call abang awal-awal?"
"..Adik dah.. Adik dah call abang awal dah.. Abang yang tak angkat.."
"Abang mintak maaf, abang tengah bertugas tadi.."
Diam. Esakkan berterusan. Aku peluk bahu adik aku.. Tiba-tiba dia peluk aku dan menangis lebih kuat lagi. Aku belai rambutnya..
"Dah laa.. Jangan menangis lagi.."
Jam 8 pagi, orang ramai berkumpul dihadapan rumah kami. Aku dan para jemaah masjid mengangkat jenazah masuk kedalam van. Kami bergerak ke masjid jamek kampung kami. Usai solat jenazah, kami usung 2 keranda ke tanah perkuburan. Majlis pengebumian berjalan lancar. Yaasin & Talkin dihadiahkan buat kedua ibu dan abah. Jemaah mula beransur pulang. Aku masih di tanah perkuburan, melihatkan kedua-dua kubur arwah. Sebak. Sebelum pulang sempat aku hadiahkan al-Fatihah buat mereka berdua untuk kesekian kali.
Malam itu Mak Su dan Pak Rauf bermalam dirumah kami. Kami berempat sibuk menghidang makanan untuk para jemaah yang datang membaca talkin untuk arwah.
Seminggu berlalu. Aku pulang ke Kuala Lumpur. Malam itu aku berasa sangat letih, aku naik menggunakan 'lif'' di apartmen aku. Keseorangan. Tiba-tiba aku terdengar bisikan dari dalam 'lif' tersebut. Aku terkejut. Bulu roma berdiri setinggi mungkin. Aku kebelakang. Terlihat dua lembaga putih muncul dihadapan aku. Dua wajah yang aku kenal. Abah dan emak. "Anakku, kembalilah ke kampung" Kemudian lembaga tersebut hilang. Ting. Loceng berbunyi menandakan yang aku sudah tiba di tingkat 6. Aku keluarkan kunci rumah. Terlihat dari jauh, sekeping kertas terlambai-lambai di 'grille' rumah aku. Aku segerakan langkah.
"Notis 24 jam.." aku terdiam. Aku melangkah masuk ke rumah. Hempasan badan aku ke atas sofa tersebut menyebabkan debu-debu berterbangan.. Nafas aku sesak, bukan kerana debu. Dada aku hampir pecah. Selepas kehilangan dua insan tersayang kini aku kehilangan kerja. Aku mengeluh panjang. Malam semakin larut, aku terlena walhal kepala berdenyut memikirkan masalah yang aku hadapi. Mungkin aku terlalu penat..
Pagi itu aku hanya duduk dirumah memikirkan apa yang harus aku lakukan, televisyen di ruang tamu hanya mengeluarkan cahaya mengganti mentari yang terlindung dibalik kain langsir yang aku biar tertutup sejak semalam. Muram. Bagaimana suasana rumahku, begitulah suasana diriku ini. Aku berjalan menuju kebilik air. Selesai mandi aku buatkan telur goreng untuk aku bersarapan bersama roti. Kopi dihirup pantas. Aku keluar meninggalkan rumah dengan segera. Lif yang sama aku masuk. Tiada bayang-bayang emak dan abah. Aku keluar.
Sepanjang hari aku hanya berjalan tanpa arah tuju, langkah kaki aku turutkan. Telefon aku berdering. Aku jawab panggilan tersebut. Pak Rauf.
"Lekas pulang ke kampung, segera.." Pak Rauf termengah-mengah dihujung talian.
Talian diputuskan tanpa sempat aku berbicara. Hari itu cuaca sangat panas. Sebotol air teh kristantimum langsai. Aku berlari anak kembali ke kawasan letak kereta apartmen. Dua blok jauhnya. Hari semakin senja, aku baru melepasi R&R Ayer Keroh. Perjalanan kali ini juga tidak berhenti hingga ke destinasi. Aku lalu dikawasan perkuburan. Kemudian masjid. Raut wajah Pak Rauf terlihat gusar dari jauh. Entah apa yang dia fikirkan.
"Assalamualaikum Pak Rauf.." aku menghulurkan salam
"Waalaikumsalam nak. Adik kau, dia dah lari rumah.. Dari awal pagi lagi dia sudah hilang, hari semakin senja ni.."
"Merata kami cari, tapi tak jumpa jugak.." sambung Mak Su
"Dah cari dia di dusun? Selalunya dia ke dusun bersendirian.." aku turut risau sambil bertanya kepada mereka berdua..
"Belum.. Mari lekas.." Pak Rauf segera menghidupkan motorsikalnya.. Dituruti dengan deruman motorbike aku..
Suasana jalan kampung yang lenggang waktu maghrib itu memudahkan perjalanan kami. Kami tiba di jalan masuk dusun arwah abah. Benar. Sekujur tubuh milik Anis terbaring di pondok kecil buatan arwah abah dan Pak Rauf. Lesu. Anis kelihatan pucat, bibirnya membiru. Kesian budak ini. Aku dukung dia dari pondok ke motor, Mak Su dan Pak Rauf turut membantu. Kami pulang kerumah. Selepas maghrib aku dan Pak Rauf duduk di meja luar sambil menunggu makan malam. Malam itu Mak Su seorang yang mengidang makan malam. Anis masih terbaring dibilik dia.
"Kenapa adik lari rumah?" suara aku memecah keheningan malam. Sambil mengalihkan pandangan daripada surat khabar Pak Rauf berdehem..
"Entahlah.. Aku sendiri pun tak tahu. Mungkin dia terlalu sedih atas kehilangan kedua orang tua-nya"
"Hmm.." aku mendiamkan diri, air teh yang terhidang aku hirup..
Tak lama kemudian aku terlihat pintu bilik Anis terkuak perlahan, aku bangun..
"Abang..??" sambil memicit kepala dia berjalan keluar dari bilik. Aku segera memberi pertolongan..
"Syaf, kejutkan.. Ouh, mari Anis. Kita makan.. Syaf, panggilkan Pak Rauf kamu.." kata Mak Su sambil menyusun lauk-pauk di atas meja.
Usai makan, Pak Rauf ke ruang tamu menonton berita, Mak Su membasuh pinggan mangkuk, aku dan Anis menolong di dapur. Selesai membersih aku naik. Anis juga naik, kemudian dia turun semula.. Mungkin mahu membersih diri..
"Syaf.." raut wajah Pak Rauf tenang..
"Ye, kenapa Pak Rauf?" aku ingin tahu.
"Ada benda yang Pak Rauf nak cakapkan.. Tapi kau bersiap dulu, kita ke masjid" aku tunduk melintasi Pak Rauf.. Tanpa membantah.
Malam itu aku dan Pak Rauf ke Warung Kak Esah. Pak Rauf menenung aku. Lama. Aku berdehem.
"Syaf.. aku sendiri serba salah. Tak tahu nak mula dari mana"
"Apa dia Pak? Cakap sajalah.." aku tenangkan kedudukan. Air teh suam aku hirup sambil mataku tidak lepas dari wajah Pak Rauf..
"Begini.. sebelum arwah abang aku meninggal, dia ada beri beberapa pesanan untuk ditinggalkan pada engkau.." suasana tenang.
"Hmm?"
"Pertama, arwah dah jualkan tanah dusun tu. Setiap sen dari jualan tanah itu diletakkan dibawah nama kamu"
Aku diam.
"Keduanya.."
"Pak Rauf, rumah Pak Rauf terbakar..." seorang pemuda berlari sambil menjerit kepada Pak Rauf. Keadaan bertukar cemas. Aku dan Pak Rauf segera pulang ke rumah. Anis dan Mak Su menangis dihadapan rumah, orang ramai juga berpusu-pusu membantu menghalang api yang sedang marak itu. Aku segera dapatkan Mak Su dan Anis. Anis memeluk aku erat. Mungkin kerana dia terlalu takut.

II
Dua minggu berlalu. Anis, Pak Rauf dan Mak Su tinggal di apartmen aku. Sudah alang-kepalang dia nak ke Australia, mudahkan mereka juga nak ke lapangan terbang sebulan dua nanti. Kami berpindah ke sini. Setiap seorang aku belikan perkakas harian mereka. Pak Rauf jadi tidak senang duduk memandangkan aku seorang sahaja yang bekerja sedangkan dia hanya duduk dirumah. Walhal sebenarnya aku sendiri tidak kisah. Sekurang-kurangnya ada juga orang menjaga Anis dan Mak Su di rumah.
Setelah kesemua masalah aku turap dengan sedikit madu, kehidupan kami berjalan seperti biasa serta dilimpakan dengan kebahagiaan yang dirahmati, segalanya berjalan lancar. Hal itu dan hal ini diselesaikan secepat mungkin. Sebulan dua berlalu, Pak Rauf dan Mak Su menyatakan hasrat mereka untuk bertolak esok hari, anak mereka di Australia sudah menghantar email pada aku, dia mahu kedua orang tuanya ini tinggal bersamanya. Maka Tinggallah aku dan Anis. Hubungan aku dan dia tidak rapat seperti dulu. Aku bekerja awal pagi dan balik pada lewat malam, dia pula hanya duduk dirumah. Duit dalam bank aku simpan, aku mahu Anis meneruskan pengajian dia. Aku tak nak dia hanya terperap dirumah walhal keputusan SPM-nya tempoh hari membolehkan dia untuk menyambung lagi pengajiannya. Hujung minggu. Aku tidak bekerja. Aku menghabiskan masa kebanyakkannya dirumah sahaja. Anis keluar, dia ada kelas komputer. Aku yang menyuruh dia ke kelas komputer, supaya mudah bila dia belajar di universiti nanti.
Tepat jam 3 Anis pulang. Aku melihat wajah dia. Penat. Aku senyum.
"Kejap lagi abang bawak Anis pergi spa, lepastu kita pergi makan ya.. Cepatlah bersiap"
"Ye ke ni?! Abang tunggu kejap.. Adik nak mandi dulu"
"Abang tunggu kat luar taw, nanti jangan lupa ambik kunci"
Dia meninggalkan aku bersendirian diruang tamu, kemudian lenyap dibalik pintu bilik. Semenjak Pak Rauf dan Mak Su bertolak, aku hanya tidur di ruang tamu. Anis sahaja yang tidur dalam bilik. Aku keluar. Sambil menunggu Anis, aku membelek senaskah majalah lama. Kaki lima apartmen itu suram. Keadaan cahaya samar-samar menunjukkan petanda hari mahu hujan. Aku tenang.
Beberapa minit kemudian, Anis keluar dari rumah. Aku turun bersama dia. Langkah-langkah kecil berhenti selepas 34 minit berlalu, kami berhenti di hadapan sebuah spa rawatan thai. "Selamat datang" dan "Sawadikap" diungkap dengan mesra. Layanan mesra diberi pada pelanggan tanpa diminta. Aku berlalu namun aku tidak lupa memberi senyuman sebagai balasan, Anis terus ke kaunter, kemudian dia memilih pakej rawatan yang bersesuaian. Aku pula hanya memilih rawatan kaki. Kami disitu sehingga hampir jam 6 petang. Selesai segala urutan, bayaran dibayar dikaunter, kemudian aku keluar. Anis yang sudah tercegat dihadapan pintu tersenyum setelah segala lenguh badan terlerai dari sendi-sendinya. Aku teringatkan sesuatu, aku segerakan langkahan kaki ini. Anis berlari anak sambil menarik baju aku.
"Kenapa laju sangat ni bang?"
Aku senyum.
"Abang!" dia berhenti sambil menghentak kaki.
"Kita belum solat asar lagi. Ingat tak?" senyuman aku masih terukir di bibir.
"Ouh.. Yelah!" dia pula berjalan lebih laju daripada aku.
Sepetang kami berada dibandar. Aku gembira melihat dia tersenyum bahagia. Orang ini hilang ibu, bapa dan rumahnya. Namun orang ini juga meneruskan kehidupan dalam keperitan. Sedikit air mata itu berharga, tapi senyuman kegembiraan ini tidak ternilai harganya. Alhamdulillah. Aku bersyukur kerana masih mampu membahagiakan seseorang. Maklumlah, aku dah tiada siapa-siapa selain dia di atas dunia ini.
Usai solat aku rebahkan diri di hadapan skrin kaca empat puluh satu inci, aku silangkan kaki sambil tangan pula aku letakkan di belakang kepala. Minda aku bukan lagi di situ. Memori indah bersama abah dan emak kembali pada saat itu, aku kenang mereka. Mulut aku terkumat kamit. Al-fatihah dan sedikit zikir aku hadiahkan buat mereka berdua. Cecair jernih mengalir membasahi pipi. 'Assalamualaikum' lengan baju menyerap saki-baki air mata aku. Aku bingkas bangun. Anis.
"Abang, jom makan.."
"Kejap, abang ganti baju.."
"Okay, jangan lama sangat taw! Anis lapar ni!"
Beberapa minit kemudian aku keluar dari bilik. Aku capai kunci kereta dan kunci rumah. Segala suis aku matikan, kecuali lampu ruang tamu. Anis keluar. Aku hanya ikut dari belakang. Dedaun pintu aku kunci, diikuti dengan grill berwarna coklat tersebut. Aku berjalan dengan dia hingga ke parkir kereta.
"Macam mana kerja? Seronok tak?" Anis tersenyum.
"Ok la, tapi penat sikit.."
"Kesian abang. Nanti adik habis belajar, abang tak payah lah susah-susah nak jaga adik lagi"
"Kenapa pulak macam tu?"
"Yelah, lepas belajar nanti adik ingat nak terus carik kerja"
"Hmm.. Abang masih ada tanggungjawab tu semua selagi adik tak kahwin. Faham?"
Anis hanya merenung wajah aku seketika. Kami hanya makan 'fast-food' sahaja malam itu. Kemudian kami pulang.
Dua purnama berlalu. Pekerjaanku semakin memuaskan. Anis juga sudah masuk ke sebuah institut pengajian tinggi. Perbelanjaannya aku tanggung. Aku cuma berharap dia akan sentiasa bersungguh-sungguh agar masa hadapannya tidak malap. Aku tahu dia berpotensi.
"Abang, abang kena janji taw, kalau Anis grad nanti abang kena datang konvo Anis.."
"InsyaAllah.."
"Abang dah janji ea! kalau abang lupa jugak, Anis tak nak kawan abang"
Hari pertama sewaktu pendaftarannya agak huru-hara, maklumlah kali pertama Anis menjejakkan kaki ke institut pengajian tinggi. Aku teman Anis dari awal pagi hingga matahari terpacak atas kepala. Usai segala urusannya aku pulang. Anis pula mengikuti minggu orientasi. Tapi semester pertamanya dia memilih untuk tinggal bersama aku lagi. Mungkin dia takut dia tak selesa disana. Hingga semester ketiga. Barulah dia berani masuk asrama ditempat dia belajar.
Beberapa purnama aku hanya bersendirian di rumah. Malam itu seperti biasa aku hanya merebahkan diri sambil menonton televisyen diruang tamu. Telefon bimbit aku berdering. Terpampang di skrin kaca telefon bimbit pintar itu nama Pak Rauf. Aku terima panggilannya dengan menyeret simbol hijau dari atas skrin kaca tersebut.
"Assalamualaikum.. Syaf. Ni Pak Rauf"
"Wa'alaikumsalam. Ha.. Pak Rauf, apa khabar? Lama tak dengar cerita"
"Pak cik sihat je nak.. Gini, pak cik lupa bagitahu kau hal kedua yang arwah abah kau tinggalkan untuk kau.."
Diam, tiada jawapan daripada aku.
"Pasal Anis.."
Panjang lebar penjelasan Pak Rauf pada aku. Saraf-saraf neuron di puncak kepala ligat bermain tanpa paksi menari-nari mencari apakah solusi bagi persoalan ini. Sehingga aku tidak sadar bahawa hampir sejam aku berbicara bersama Pak Rauf dihujung talian.
"Sampai sini saja lah Syaf, pak cik ada hal ni dengan mak cik kau.."
"Terima kasih Pak Rauf.."
"Sama-sama. InsyaAllah kalau ada apa-apa nanti pak cik call kamu lagi. Assalamualaikum.."
"Wa'alaikumsalam" gelombang bunyi disekat dihujung talian. telefon bimbit diletakkan diatas meja.
Suasana sepi.
Pad kekunci ditekan-tekan, rangkaian diguna membuat panggilan. Masih tiada jawapan dihujung talian. Selepas beberapa cubaan, barulah si penerima panggilan menjawab panggilan aku.
"Anis, petang esok abang ambil Anis di U ye.."
"Hah?"
"Tak payah naik bas, abang datang ambik kat depan asrama Anis.."
"Kenapa bang?" kemudian aku putuskan talian tanpa sebarang jawapan.
Petang berikutnya aku hadirkan diri menjemput Anis. Melihat dia terkial-kial menarik beg bajunya yang besar itu, aku keluar dengan niat memberi sedikit pertolongan. Dia tersenyum sambil keluhan lega dilepaskan. Aku hanya tersenyum melihat anak gadis berbadan kecil ini. Beg besarnya itu aku letakkan di bahagian belakang kereta. Kemudian aku bukakan pintu bersebelahan tempat duduk pemandu. Anis masuk. Kemudian aku pula. Perlahan kereta itu berjalan. Lama kemudian Anis bersuara..
"Kenapa abang terus letak je phone tu semalam?" dia memandang aku menunggu jawapan.
Aku diam.
"Hey, orang tanya ni, jawab laa.. Abang ni!!"
Aku hanya melihat dia mencebik, juga tanpa sebarang suara.
"Isshh.. Abang ni..." kemudian dia menarik muka dan pegun ditengah jalan raya tersebut.
"Alaa, nanti la.. Masa makan nanti abang cerita.." aku hampir tergelak kecil melihat gelagat dia sebentar tadi.
"Hmm.." mukanya dipaling menghadap ke tingkap kereta. Aku pula terus memandu.
Kami tiba di sebuah restoran masakan melayu kampung. Selesai ambil pesanan, lelaki melayu tersebut beredar. Aku dan Anis pula diam tidak berbicara. Anis yang sedang asyik leka melihat drama di saluran tv2 menjeling aku dengan panahan matanya. Aku cuma senyum. Lantas Anis bersuara.
"Abang nak bagitahu ke tak?"
"Bagitahu apa?"
"Issshhhhhhh... Abang ni tak pernah kena lempang ea?"
"Haha.. Yelah-yelah.."
"Tahu takut!"
"Macam ni, semalam Pak Rauf telefon dari Australia. Dia kirim salam"
"Tu je?"
"Ada lagi, dia cakap fasal wasiat abah dan emak.." raut muka aku yang tadinya senyum, mula berkerut dan semakin serius.
"Wasiat abah dengan emak? Apa bang?"
"Adik tahukan, abang bukan dari keluarga kandung adik?"
Anis diam.
"Semalam Pak Rauf kata.."
Malam itu aku dan Anis hanya duduk dirumah sahaja, dua-dua tidak mengeluarkan sepatah kata sejak balik dari makan tengahari tadi. Anis berkurung dalam biliknya. Aku pula seperti biasa, berita anak luar nikah di televisyen itu langsung tidak menarik perhatian aku, aku tukar saluran. Tetapi minda aku menyalur saluran sendiri, fikiran aku kusut.

III
Aku bersiap awal, jam 6 pagi lagi aku dah bergerak ke Putrajaya, destinasi utama aku ialah Pusat Konvensyen Putrajaya. Hari ini hari konvokesyen Anis. Alhamdulillah, setelah 3 tahun berhempas-pulas, Akhirnya Anis berjaya graduasi diperingkat ijazah. Dah beberapa bulan aku tidak bertegur dengan Anis. Tapi disebabkan janji aku pada dia dahulu, aku hadirkan diri pada konvokesyennya ini. Mungkin selepas ini aku takkan bertemu dia lagi. Sesak. Terlalu ramai manusia berpusu-pusu di sekitar kawasan sini. Aku langkah dengan perlahan. Terlihat kelibat Anis dan seorang lelaki. Masing-masing gembira. Aku juga. Lelaki itu memperbetulkan tudung Anis dan Anis pula memperbetulkan topi graduasi lelaki itu. Segak sungguh lelaki itu.
Aku hanya melihat dari jauh, aku tidak mahu kehadiran aku akan mengubah emosi Anis pada hari ini. Biarlah selepas mereka tamat acara menerima sijil baru aku berjumpa Anis, itupun kalau dia mahu berjumpa dengan aku.
Ramai anak-anak muda yang naik kepentas dengan bangga menerima sijil mereka. Aku kongsi bersama senyuman bangga mereka. Tiba giliran Anis, aku perhatikan wajahnya. Seri. Tiada sangsi. Masa Anis turun dari tangga, kedua anak matanya bertentang mata dengan aku. Dia kemudiannya berubah air muka. Seperti yang aku jangka. Aku bingkas bangun, kemudian keluar meninggalkan bangunan itu dan menuju ke parkir kereta. Setelah aku berada dalam kereta. aku tenangkan jiwa. Refleksi Anis terpampang pada cermin sisi kereta aku. Aku undur, kemudian pergi. Anis hanya melihat dari jauh. Rasa bersalah mula menyelubungi kampit hati dan ruangan minda ini.
"Selain daripada hal tanah pusaka tu, abah dengan emak ada tinggalkan pesanan lagi satu.."
"Apa pesanannya bang?"
"...abah dan emak nak kita kahwin Nis..."
"Tapi kenapa abah dengan emak tak bincang dengan Anis tentang benda ni?"
"Anis, dengar dulu.."
"Abang sengaja buat cerita ni kan?"
"Tak. Anis dengar dulu.."
"Abang buat-buat jatuh hati kat Anis untuk pergunakan Anis sebab abang kena tinggal dengan Kak Jasmin tu kan?"
"Bukan.."
"Dah lah abang, Anis tak sanggup nak hidup dengan abang lagi.."
Terngiang-ngiang suara Anis menjerit pada aku malam itu. Selepas kejadian itu, aku serahkan kad bank, kunci rumah dan kunci kereta pada Anis. Kemudian aku melangkah pergi. Anis pula hanya duduk dan teresak-esak dimeja restoran tersebut. Sejak dari saat itu aku tak pernah kembali berjumpa dengan Anis. Aku tahu dia akan gembira tanpa aku disisi. Aku berhentikan kereta aku. Pintu pagar rumah teres itu aku buka luas untuk aku pandu kereta masuk ke ruangan parkir dihadapan rumah tersebut. Rumah ini aku sewa sejak dari insiden yang berlaku antara aku dan Anis. Aku menetap disini hampir setahun.
Selepas makan, aku bersiar-siar pada waktu malam itu seorang diri. Melihat pada bintang-bintang di angkasa. Aku teruskan berjalan. Lorong gelap itu aku jelajah bertemankan cahaya bulan. Hingga tiba satu selekoh aku berhenti melangkah. Kelibat seorang anak gadis berlari ke arah aku. Aku amati mukanya, bukan hantu. Pakaiannya koyak sana sini. Aku cuba untuk membantu dia. Disebabkan malam itu terlalu suram, si gadis terjelopok dihadapan aku. Aku angkat dia perlahan-lahan. Aku dudukkan dia dikaki lima lorong belakang kedai itu. Seorang lelaki berbadan sasa mengah dimalam yang tidak disuluh bulan itu. Aku perhatikan dia. Dia lari lagi.
"Siapa yang kejar awak tu?"
"Awak.. tolong saya! Awak kena tolong saya.."
"Sabar, mari.."
"Awak nak bawak saya pergi mana?"
"Balai polis"
"Thanks.."
Aku diam.
Selesai dengan urusan pihak polis, aku hantar si gadis pulang. Aku hulurkan sweater pada dia. Dia hairan. Aku tundingkan jari pada bajunya yang koyak itu. Kemudian dia baru dia pakai sweater tersebut. Aku hidupkan enjin kenderaan dan memandu pergi. Kami tiba diperkarangan sebuah apartment. Keadaan disitu familiar dengan aku. Entah kenapa aku sendiri tidak tahu. Aku pimpin gadis tersebut ke apartment beliau. Begnya aku bawakan, sampai dihadapan pintu lif aku kaget. Anis dan lelaki yang aku nampak tempoh hari di konvokesyen Anis.
"Abang?!"
Mulutku sekadar terkemam tanpa suara.
"Abang buat apa ni? Melisa, kenapa dengan Melisa?"
"Err.."
"Bro, kau buat apa dengan adik aku ni?" Tanpa disuruh lelaki bersama Anis bersuara.
"Tak.. Aku tolong dia je"
"Abang buat apa kat dia sampai dia jadi lembik macam ni? Abang!"
"Aku mintak maaf" tubuh gadis itu aku serahkan pada mereka berdua.
Aku beransur pergi. Baru aku perasan aku berada di apartment lama aku. Aku tolehkan muka kebelakang, Anis sedang menghampiri aku. Aku lari. Biarlah. Dah tak ada apa yang perlu aku suarakan lagi dengan dia. Dan hingga kita bertemu lagi, mungkin di dunia yang satu lagi. Mungkin.
Seketika itu, aku memandu tanpa hala tuju. Dari mana entah kemana. Aku pandu dengan laju. Cahaya yang terang tiba-tiba datang dari arah hadapan. Aku tahu. Inilah permulaan hidup aku. Bammmmmm!! Darah mula memercik di dalam kereta aku. Hitam. Emak, Abah.. abang dah pulang. Dua kujur tubuh badan berbaju putih menemani aku beberapa ketika.
Anis hanya dapat tahu akan kejadian itu selepas dua puluh empat jam daripada waktu kejadian. Mayat Syaf dikebumikan diperkuburan sama dengan abah dan emak. Sehingga kini Anis menyesal, orang kata menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada berguna.
Aku tak dapat nak uraikan cerita sepenuhnya.
OUT
No comments:
Post a Comment