&
Greetings..
Malam itu seperti biasa aku duduk dihadapan laptop, melihat pada laman sesawang sosial menerusi teknologi buatan acer. Setiap satu status aku baca dan fahami. Kemudian aku skroll lagi. Tiada yang menarik. Yang aku jumpa cuma caci-maki, hasad dengki, luahan perasaan dan emosi. Yang paling aku suka, aku tak perlu tanya apa yang mereka buat hari itu, jam itu, minit itu, saat itu, kerana setiap satu aktiviti mereka, akan mereka beritahu dalam setiap status mereka; kalau beruntung gambar disediakan sebagai panduan untuk kita-kita. Kadang-kala aku sendiri akan berasa pelik bila setiap makanan yang ada atas meja, mereka tangkap gambarnya kemudian upload ke laman sesawang tersebut. "Selamatkan bumi Palestin, Selamatkan kanak-kanak yang kebulur" katanya, tapi makanan mereka tak pernah kalah, membazir dia tak fikir, sedap perut dan mata yang ada difikirannya. Hipokrit? Tidak, mereka maksum. Setiap kata-kata, kelakuan dan amalan mereka tiada salah. Aku terus skroll lagi, lagi dan lagi. Aku berhenti pada satu post, lagenda budek iblis, gambar payed kamil dan maria karim.
Mustyc Rem bodoh punya artis.... baru kawin dengan dayana,,,xjeles ka?? haram kot pegang berpelokan bukan muhrim
Mungkin bagi dia WAJIB hukumnya membodohkan manusia. Tetapi HARAM hukumnya berpelokan bukan muhrim. Sungguh bijak komen dia. Aku sendiri tidak sangka. Senyum. Aku skroll lagi. Aku biarkan sialan menguasai emosi aku ketika ini. Tak nampak faedahnya. Aku pelik dan hairan. Kenapa tiada manusia yang boleh terima setiap manusia dalam dunia ni dengan hati yang terbuka? Apa memang semua manusia patut membenci antara satu sama lain? Dan tak boleh ke manusia ni kalau nak tegur, tegur dengan beretika? Sebab kadang-kadang kita pun akan buat silap, dan masa tu kau pun benci bila kena tegur macam yang kau buat kat orang tu kan? Sinis.
Aku meneruskan dengan dunia sosial maya ini. Semakin banyak aku lihat, semakin banyak yang aku fikir. Tuhan anugerahkan kita akal fikiran. Aku guna. Kadang-kala aku juga seperti mereka, dan masa itu kalau ada manusia yang ingin tegur aku. Silakan. Aku tak menghalang. Sebab itu aku takut keluar rumah, aku takut aku akan jumpa manusia yang akan membenci aku. Ah!
OUT
No comments:
Post a Comment