Assalamualaikum
&
Greetings..
Aku ada sahabat, dan paling rapat ada dua orang. Satu dari Kuantan dan satu lagi dari Sitiawan. Dua orang ni aku kenal tahun lepas. Tahun dimana aku dan mereka sekelas bersama. Nama mereka, Ahmad Naufal dan Rafiuddin. Ahmad Naufal ni orangnya biasa-biasa sahaja, tapi pemikiran dia luar biasa. Rafiuddin pula sama dengan aku, tapi dia sentiasa tolong kawan dia. Aku suka mereka berdua sebab hidup mereka tiada henti tertawa dan tiada pula bertemu duka. Erti kata lainnya, mereka berdua ini ada kehidupan yang orang lain impikan. Tapi mereka takkan ada kehidupan sebegitu kalau salah satu dari pada kami semua terpisah buat sementara. Kisah aku dan mereka, ajaib jalan ceritanya.
Seronok bersama mereka, tak pernah aku lupa. Sebab setiap kali ada perselisihan faham, kenangan menjadi pedoman. Mengelak dari perpisahan. Aku bukan membesarkan mereka, tapi aku ingin cerita apa hebatnya sahabat aku.
Cerita kami bermula pada awalnya dengan gurauan walhal masing-masing belum berkenalan. Pada minggu pertama kami tercari-cari Naufal, entah kemana kami tak tahu. Seminggu kemudian dia muncul semula. Aku tanya pada dia. Hilang seorang kawan tak sama macam hilang seorang bapa. Dia hilang bapa. Rafi pula sejak dari itu tidur sentiasa bersama dengan dia. Sebelum tidur dia imamkan sahabat dia untuk membaca doa sebelum masuk tidur. Begitulah ulangan kami setiap hari. Kami sentiasa bergerak bersama kemana jua. Hingga tiba satu masa, cuti semester pertama bermula. Ahmad hantar aku hingga ke pontian. Kenal baru berapa bulan, tapi dia berkawan seperti dah kenal bertahun-tahun. Aku salute dia. Semester kedua bermula. Aku dan Rafi selalu teman Naufal balik ke Kuantan. Ada urusan. Maklumlah, jauh dari famili. Dia anak lelaki pertama. Jadi tak hairanlah. Hingga kini, baru satu kali aku berbalah dengan dia. Ini kisah aku dan dia. Kisah Rafi pula berbeza, aku selalu bertandang ke rumah famili dia. Aku lihat gaya hidup mereka. Bahagia. Mungkin kerana dia sebagai abang yang sulung bertanggungjawab tinggi pada keluarga betindak tanpa banyak bicara. Aku respect dia. Dia juga tak memilih kawan, yang paling bagusnya tentang dia, dia okay dengan semua kenalannya. Aku sendiri tak mampu jadi sebegitu. Entah kenapa. Aku sendiri tak tahu. Cukuplah sampai sini dahulu. Tapi bukan mereka berdua sahaja Sahabat baik aku. Ada juga beberapa orang lain selain mereka. Terima kasih sahabat.
Kita ni kadang kala terlupa asal kita, tapi tak setiap masa kita akan berfoya-foya sini sana. Aku selalu pesankan pada korang semua tentang berakhlak mulia dan dalam setiap langkah aku pula, aku sertakan doa untuk kita. Mungkin tak banyak, tapi aku cuba sedaya upaya. Malah, aku juga cuba ubah diri untuk jadi modal insan pada korang semua. Tapi biasalah kita manusia. Tak pernah sempurna, kadang-kadang aku akan buat silap. Aku takkan nampak. Jadi kalau korang nampak silap aku, tolong! Tolong tegur aku dan bila korang buat silap. Aku akan tegur korang pula. Terima je dengan hati terbuka. Barulah boleh berubah jadi yang lebih baik daripada hari sebelumnya. Tapi ingat, hari sebelumnya itulah yang akan mengajar kita
![]() |
Buddyz |
Maafkan aku..
No comments:
Post a Comment