20121122

Orang biasa.

Assalamualaikum
&
Greetings..



Melihat pada kegelapan angkasa, yang kelihatan cuma awan-awan. Gelita. Tiada bintang yang berjuta menemani sepi dimalam hari ketika aku bersendiri. Aku teruskan memerhati, tiada apa. Kesamaran mentari malam memancar cahaya, akan tetapi cahaya itu terhenti dibalik awan. Keadaan seperti mahu hujan. Visi kedua mata ini aku alihkan berpaling dari angkasa luas. Aku terapkan fokus pandangan pada sekitar bangunan-bangunan kota raya. Indah pemandangan dari atas ini. Pijama aku ditiup angin membuatkan tubuh aku sedikit menggigil. Dingin. Kaki aku melangkah masuk ke ruang tamu setelah keadaan diberanda berubah sejuk dek angin mendung sebentar tadi.

Syah, jejaka yang aku kenal sangat lama. Lebih tiga tahun, sejak dari kerusi sekolah menengah hingga ke kerusi graduasi kemudian berakhir di kerusi pejabat kami. Tapi baru-baru ini, aku berhenti kerja. Kenapa? Kerna aku mahu menyambung pelajaran agar dapat gelaran sarjana muda dan menambah koleksi sijil-sijil di kampung halaman untuk membuat kedua orang tua ku berbangga dengan titik peluh mereka.

Kringgg... Sangka aku si Mira pulang pada waktu lewat begini. Hairan, biarpun sudah lewat bagi aku, tapi terlalu awal seperti biasanya dari jadual sosial Mira. Aku tamatkan sangkaan dengan membuka daun pintu utama. Sangakaan aku salah sama sekali. Syah rupanya. Aku berlari mencari tudung bawal, beberapa saat kemudian aku kembali dalam keadaan mengah sedikit, Syah hanya tersengih.

"Kau nak apa? Mira takde, dari tadi lagi dia dah keluar"

"Ouh, takpe. Aku cuma nak kirimkan laptop dia ni. Aku pinjam tadi masa kat pejabat"

"Ouh.. Eh! Laa, laptop kau mana cik abang oi?"

"Laptop aku rosak, minggu depan baru siap cik adik oi.."

"Hehe.. Eh, kau guna la laptop aku dulu, aku pun tengah cuti semester ni"

"Takpe la.. Tak payah susah-susah.."

"Mende susahnya pulak? Kau tunggu situ kejap!"

Kaki ini berlari sekali lagi. Syah bagai digeletek melihat aksi aku dengan pijama bertudung bawal berlari-lari keluar masuk dari tadi. Beberapa minit kemudian aku kembali. Sebuah bag berwarna jambu aku hulurkan pada Syah. Beg jambu ini sarat dengan butang-butang berbentuk teddy bear dan sebagainya serta perhiasan-perhiasan comel melihatkan yang beg ini tiada sangsi lagi yang ia kepunyaan hawa yang gemarkan benda-benda comel. Syah pegun seketika, kaget melihat betapa saratnya beg itu dengan butang dan aksesori yang pelbagai. Syah terus membelek-belek beg tersebut, sambil tersenyum dia memandang wajah aku. Sinis.

"Ambik ah.. Kau nak pinjam tak?"

"Okay la.." Beg hijau muda menjadi pulangan selepas beg jambu diterima dalam genggaman.

"Jangan lupa pulang taw, kalau rosak aku mintak ganti!" Seloroh aku sambil membuat muka manja.

"Haha, yelah. Aku balik dulu ye. Kirim salam kat Mira. Terima kasih taw.."

Syah pergi tanpa menoleh ke arah aku.. Aku tutup pintu dan beransur pergi dari situ. Meja ruang tamu menjadi tempat persinggahan beg hijau muda tadi. Memang acap kali aku melihat Mira hanya akan meletakkan beg laptopnya di atas meja tersebut.

3.34 a.m.

Deganggg.. Pintu grille dihempas kuat. Dalam kesamaran cahaya malam, aku dapat dengar Mira teresak-esak sendiri. Lena aku terhenti kerna hati ini kurang enak bila mendengar rakan serumah aku bersedih sendirian di ruang tamu. Aku menjengah dari dalam bilik. Aku bergerak perlahan ke arah dia. Dengan perlahan punggung aku rebah di atas sofa empuk bersebelahan dengan Mira. Mira yang sedang asyik melayan hati dan emosi, aku dakap sambil meminjamkan bahu sebagai alas untuk melepaskan segala yang perlu. Pelukan aku dibalas dengan pelukan, pijama aku lencun dek air mata Mira. Mendung yang tadinya sudah pun bertukar hujan, esakkan pula bertukar pada air mata. Tudung bawalnya aku leraikan dari kepala dia. Aku usap ubun-ubun dia, belakang badannya aku gosok bagi menenangkan hati si rakan.

"Kenapa ni Mira? Kau gaduh lagi ke?"

"Dia.. Tsskk.. Dia dah tinggalkan aku.. Tsskk.. Tskk" tangisan Mira beransur pergi tapi sedu-sedan pula datang mengganti.

"Ahh, aku dah kata dah kat kau.. Jangan keluar dengan mamat perasan bagus tu"

"Mana aku nak tahu yang dia ni lelaki yang suka main kayu tiga?! Tsskk.. Tsskk.."

"Lelaki tu memang.. Eii, geramg aku. Dia sengaja umpan kau. Biasalah, kau ni cantik, kaya ada kerjaya tetap. Siapa yang tak nak?"

"Uwaaaa.." pipi yang baru sahaja kering, kembali dicurah dengan tangisan diiringi irama syahdu, pijama aku semakin lencun, derasnya air mata dia itu umpama sungai amazon yang mengalir laju.

Baru beberapa minit, Mira sudahpun terlena di atas sofa. Aku angkat kakinya ke atas sofa. Kemudian aku lihat pada jarum jam diruang tamu. Aku alaskan kepala Mira dengan bantal kekabu empuk yang kitorang beli dari Ayer Hitam beberapa minggu lalu. Aku kembali ke kamar tidur, aku capai anak patung beruang, selimut dan bantal. Tubuh Mira aku selimutkan, takut-takut dia kesejukan sekejap lagi. Maklumlah, kat luar tu hujan. Ini bukan lagi kali pertama kami berdua tidur di ruang tamu.

Azan berkumandang, aku tersedar dari lena. Aku terus mandi kemudian mengambil wudhu' untuk menunaikan solat subuh. Usai solat fardhu, aku kejutkan Mira. Aku sengaja tak kejut dia untuk sembahyang sama-sama pasal dia tak boleh berjemaah, tengah cuti kerana bulan datang berkunjung dua hari lalu. Mira bangun, dia terus ke dapur. Aku pula terus ke bilik tengah. Sambil mendengar surah-surah lazim di radio, aku gosokkan sepasang baju kurung dan tudung bawal untuk Mira dan sehelai jubah labuh serta sehelai shawl untuk aku, hari itu warna tema untuk dia ialah hijau muda, manakala aku pula warna hitam. Mira bergegas membuat sarapan untuk kami berdua. Tepat jam 7.30 pagi, Mira masuk ke kamar mandi. Selesai mengalas perut, seperti biasanya kami akan mencium pipi sesama sendiri sebelum pergi menguruskan urusan masing-masing. Tepat jam 8 pagi, aku bersiap kemudian aku turun. Seperti biasa, kawasan jogging dah dipenuhi manusia. Selesai jogging aku naik semula, kemudian aku bersihkan diri. Blouse labuh berwarna hitam dengan manik-manik memantul cahaya aku padankan dengan tudung bawal berwarna cerah. Aku berjalan ke tempat parkir, kereta Myvi buatan perodoa milikku dihidupkan enjinnya. Hari ini aku ada kelas piano dan kelas memasak yang bermula sekejap lagi sehingga petang. Jam 5 petang aku pergi menjemput Mira di tempat kerjanya.

"Amacam tadi? Dah pandai main lagu Thousand Years belum?"

"Belum lagi lah Mi.. Aku yang basic pun tak lepas lagi.."

"Takpe, belajar je pelan-pelan. Piano ni pun bukan semua orang pandai main.."

"Yelaa.. Kita nak pegi makan dulu atau balik mandi?"

"Emm.. Ikut kau la"

"Aku nak balik dulu la, pasal tengah hari tadi aku tak sempat balik sebab si Wani tu nak jumpa aku kat library. Badan aku  dah berbau la" 

"Busuk ke? Eee.. Jom lah balik"

"Yelaa.. Dah tempat parkir yang paling dekat dengan Library tu pun depan Mybank, memang berpeluh la aku. Dah la jauh, panas pulak tu"

"Haha, padan muka! Jom laa cepat!"

Malam itu kami dinner di Restoran Abbas Briyani dan Kari Kambing. Kari kambing di sini paling spesial. Mana-mana tempat jual nasi briyani pun tak ada kari kambing sehebat kat sini. Dengar kata, tukang masak kari kambing ni orang paling handal mengurus daging kambing. Sebab tu rating restoran ni melonjak dari 2 bintang jadi 4 bintang. Kami leka meratah kari kambing disini, enaknya tidak terkata..

"Assalamualaikum.." sapaan ini seperti aku kenal suara dia..

"Wa'alaikum.....salam"

"Aik? Terkejut ke jumpa aku kat sini?"

"Eh, takde la.. 
Takde kan Mira? Kau tak terkejut pun kan?"

"Hmm?! Yep, takde-takde.." Mira meneruskan memukal briyani kedalam abdomennya melalui mulut munggil miliknya.

Aku pula sebaliknya, segala aktiviti meratah daging kari terhenti. Syah pula hanya tersenyum sinis bila lihat aku bagai orang kena rasuk sebab muka aku menjadi pucat secara tiba-tiba.

"Sedap sangat ke kari kambing ni?"

"Try la, baru kau tahu sedap ke tak.."

"Heheh. Aku tanya korang, sebab aku yang masak kari ni"

"Hah? Yeke? Ouh, kau kerja kat sini ke?"

"Dulu je. Sekarang ni segala urusan memasak dah ada orang lain buat, tapi resipi kat sini aku yang sumbangkan. Semuanya dari kepala hotak aku ni. Hahah"

"Amboi, kepala hotak ye? Eh, dah tu kau kerja mana sekarang?"

"Kan aku kerja dengan Mira.. Lupa?"

"Eh! Hehe.. Lupa pulak"

Syah duduk bersebelahan dengan aku. Kami borak sampai ke lewat malam. Jam dah menunjukkan 11.30 malam. Aku minta diri. Syah juga begitu. Terlihat dari kejauhan kelibat seorang perempuan dengan anak kecil lebih kurang baru beberapa bulan mendekati Syah. Entah siapa. Aku sendiri tidak tahu.

Beberapa hari kemudian aku ke klinik, Mira demam sebab main hujan petang semalam. Aku sekadar menemani. Tidak lama kemudian, aku nampak kelibat Syah dan peremuan tempoh hari serta seorang bayi. Aku senyum awal-awal, berharap Syah akan memandang aku.

"Eh.. Mira, Min.. Kenapa ni? Tak sihat ke?"

"Takde, Mira ni demam.. Ni siapa?" tanya aku sambil menuding ibu jari.

"Ouh.. Ni isteri aku.. Nisa"

"Nisa.. Assalamualaikum" senyum yang tadi bersinar, aku malapkan..

"Waalaikumsalam.." senyumannya pula memancar sinar bahagia.

"Ni pulak, anak kitorang.. Fara. Budak tak sihat, sebab tu kitorang datang klinik ni.."

"Ouh.." keadaan menjadi sunyi.

"Eh, aku pergi ambil nombor dulu ye. Jumpa korang kejap lagi.."

"Mira.. Jom!" aku menarik tangan Mira. Mira hanya mengikut.

...

Sudah lebih sebulan aku tidak bertemu dengan Syah. Entah dia dapat atau tidak nota aku hari itu.. Hingga kini aku mengeluh. Ah, tiada guna aku menyesal. Dia dah pun menjadi suami orang. Hari-hari berikutnya berjalan seperti biasa. Hingga tiba satu masa, biarlah yang mengganti dirinya lebih baik dari si dia. Segalanya aku serahkan pada yang Esa.

Gambar-gambar aku sahaja yang layak berada di sisimu. Harap kau simpan segalanya agar menjadi kenangan indah buat kita berdua. Jangan pulangkan pemberian ini. Anggap sahaja ia hadiah untuk hari perkahwinanmu dulu.










No comments:

Post a Comment