20121120

Orang biasa



Assalamualaikum
&
Greetings..





Pagi itu bermula dengan langkah layu diri aku ini. Lenguh-lenguh badan malam semalam masih belum beransur hilang. Daging segar malam tadi aku simpan untuk bekalan makanan untuk sebulan. Perlahan aku berjalan ke perhentian bas di hadapan pintu gerbang kampung aku. Terlihat anak gadis seksi dari kejauhan di perhentian bas tersebut. Nikmat tubuhnya. Kalau Mulan Jamela dengan dia ni berentap, konfirm dia menang makhluk tuhan paling seksi abad ini. Triple cheese burger pun tak semantap lebihan daging pada tubuh dia ini. Gebu, putih. Lagi bangkit nafsu untuk mencuci mata. Langkah yang layu menjadi gagah, mata yang kuyu menjadi segar. Sesampai sahaja aku di perhentian bas tersebut, anak gadis tersebut melempar senyuman. Belum melontar mata kail, ikan sudah terkena. Aku memulakan bicara.

"Hai.."

Senyum.

"Sorang ke? Kalau sorang, boleh saya temankan?"

"Hihi.."

"Kenapa diam?"

"Suka hati awak la.. Kalau sudi nak temankan saya, silakan.."

"Uihh.. Tak takut ke kalau saya ni nak rogol awak ke, culik awak ke..tak pun bunuh awak ke?"

"Hahaha.. Saya tengok awak pun saya tahu, awak ni orang baik.."

Belum sempat aku melanjutkan pertuturan, bas tiba di kawasan kejadian. Spoil betul. Dia naik bas tu dulu sebelum aku. Aku baru berkira mahu duduk di sebelah dia, tapi dia dah duduk sebelah mak cik mana entah. Terpaksa aku duduk sebelah apek cina.. Epilog cinta aku menjadi epilog cinta empat segi. Sial. Aku tiba di tempat kerja aku. Restoran Abbas Briyani dan Kari Kambing terpampang di atas restoran yang mendapat perkhidmatan berbayar pada aku. Aku bekerja di bahagian belakang, bab memotong dan memasak daging kari. Hari itu berlalu seperti biasa biarpun awal pagi tadi harinya indah tidak terkata. Aku pulang tepat jam 11 malam selepas usai membersih seksyen aku bekerja. Tiada darah, tiada serpihan daging, tiada apa-apa. Semuanya bersih, aku tidak gemar bekerja dalam keadaan kotor. Sebab itu aku sentiasa menjaga kebersihan tempat aku bekerja. Malam itu tiada bas seperti biasanya, aku, juga seperti biasanya hanya menumpang van rakan sekerja, tapi dia tak dapat hantar sampai ke kampung aku, cukuplah sekadar di tepi jalan besar. Perjalanan yang lama itu membuat aku bosan. Aku termenung melihat keluar jendela van. Akhirnya van tersebut bergerak perlahan menandakan yang destinasi awal aku sudah tiba. Aku turun. Jutaan terima kasih aku kalungkan pada si rakan seperti biasa. Perjalanan ke rumah masih jauh, bertemankan lampu jalan aku melangkah perlahan. Kebosanan sejak awal tadi membuatkan aku mengawang membayang si jelik jelita pagi tadi. Beberapa minit kemudian aku melihat ke belakang, terlihat seperti kelibat seorang insan, aku amati dari jarak tempat aku berdiri. Perempuan. Aku rileks, kemudian aku perlahankan langkah menunggu sang umpan berhadapan dengan belakang aku.

"Eh, awak..tunggu kejap!!" dari kejauhan malam itu kedengaran suara yang baru sahaja aku dengar dalam memori tadi..

"Hey.. Dari mana ni?"

"Tadi dari tempat kerja, kena overtime sebab ada kerja banyak kat ofis"

"Ouh.. Sebelum ni tak pernah pun nampak awak kat bus stop nun, first time kerja ke?"

"Eh, tak la.. Saya ada kereta, tapi pagi tadi dia buat hal pulak. Sebab tu saya naik bas"

"Laa, yeke? Tak cakap kat saya, saya boleh je tolong repair kereta awak tu.."

"Ishh, takpe la. Saya dah hantar dah pun kereta tu pergi bengkel"

Aku menemani si anak dara ini pulang, bukan apa, sebagai lelaki 'budiman' aku tidak mahu dia diganggu pada waktu-waktu sebegini. Aku perlahankan langkah bila kelibat rumah aku menjadi jelas. Otak fikiran aku menjadi deras. Mencari alasan memancing ikan yang terlepas di awal hari tadi.

"Emm.. awak, rasanya elok je kalau awak bermalam kat rumah saya ni dulu. Bukan apa, tak elok anak dara cantik, ayu, comel macam awak ni jalan sorang-sorang pagi-pagi buta macam ni"

"Eh, tak menyusahkan awak ke?"

"Tak laa.. Lagi susahkan awak kalau awak tak bermalam je kat sini"

"Tapi.."

"Alaa, jom laa.. Saya tidur luar, awak tidur la dalam bilik saya, kunci dari dalam"

"Err.."

"Jom jom.."

Pintu utama dikuak luas. Aku menjemput dia masuk. Selepas aku masuk, pintu utama aku tutup dan kunci dengan rapi. Jendela-jendela juga sama, aku tutup. Segera aku ke bilik mengambil tuala, sehelai t-shirt dan kain pelikat. Kemudiannya aku serahkan pada si dia. Dia bingung.

"Ambik la, pergi mandi dulu. Takkan nak tidur sambil pakai pakaian macam ni? Tak selesa la nanti.."

"Emm.. Susah-susah je awak ni.." Bingkas si gadis ini bangung meninggalkan aku diruang tamu.

Aku senyum. Melihat lentok sekujur tubuh mantap berlalu pergi. Aku persiapkan segala persiapan. Tiada satupun barang-barang aku yang ter-infeksi. Semuanya aku steril kan. Curahan air di bilik mandi semakin senyap. Langkah aku juga begitu, senyap. Pintu bilik mandi dikuak perlahan. Melihat aku di hadapan pintu bilik air, dia terkejut. Aku cuma tersenyum. Dia memukul-mukul aku dengan tangan lembut dia itu. Aku cuma mengaduh manja. Kemudian dia berhenti memukul, sambil membuat muka dia memalingkan wajah dari wajah aku. Perlahan aku pegang dagu dia dan menggerakkan wajah dia menghadapku semula. Melihatkan reaksi dia sebegitu aku terkemam bicara. Pisau tajam buatan Itali yang aku genggam dari tadi aku simpan dalam poket belakang seluar kerja. Senyuman serta gelak tawa aku awal tadi beransur pergi. Yang ada hanya wajah yang sedang berfikir tentang seribu perkara. Terpinga-pinga dia melihat aku yang berubah reaksi. Keadaan menjadi sepi. Aku kembali ke meja dapur, barang-barang aku, aku simpan. Termenung seketika. Jam di ruang tamu bergema. Aku kembali pada dia, lalu tangannya digenggam rapi. Laju aku tarik dia ke ruang tamu, kemudian daun pintu utama aku kuak seluas mungkin..

"Keluar.."

"Tapi.."

"Keluar!" Tanpa menerangkan apa yang terjadi aku berbisik tegang pada dia.

"Awak.."

"Aku mintak tolong dekat engkau, tolong keluar.."

"Emm.." Perlahan langkah kaki dia keluar dari rumah aku.

"Aku mintak maaf.." Aku hempas daun pintu sekuat-kuatnya. Fikiran aku bercelaru.

Mungkin dia terkejut diluar sana. Segala kata carut, caci maki berhembus keluar dari mulut aku. Tak lama kemudian, daun pintu aku diketuk bagai nak rak. Aku takut. Cemas. Aku pergi ke jendela. Melihatkan si gadis itu beria benar mengetuk, aku bukakan pintu. Dia terus menerkam aku dari tempat aku berdiri kaku. Dakapan dan pelukan si dia membuat aku sukar bernafas. Sambil teresak-esak dia berbisik sesuatu pada aku..

"Aku tak dengar, cakap sekali lagi.."

"Ada orang mati kat luar.."

"Tenang.."

Aku berjalan keluar. Deris dan Mat Seman terpacak dihadapan rumah aku. Sekujur tubuh manusia segar tanpa nyawa dibungkus cantik seperti hadiah.

"Syah, mayat yang busuk ni kau tak nak ke? Kalau tak nak aku nak buat makanan untuk Fin dengan End" Deris menunjuk pada mayat busuk disebelah rumah aku.

"Ambillah, beri pada dua ekor serigala tu. Diorang memang suka mayat busuk ni.." Mereka berdua pergi membungkus mayat busuk tersebut untuk menjadi lapahan serigala lahap bernama Fin dan End.

"Aku siapkan hadiah ni, awal pagi nanti sebelum subuh kamu berdua datang balik, ambil keratan lebihan kemudian hantar keratan utama pada hospital Tan Sri.."

Aku masuk membawa bungkusan kotak besar ke dapur. Melihat si anak gadis tadi dah tertidur, aku bawa dia masuk ke bilik. Aku kunci bilik tersebut. Entah kenapa dia ini ada satu aura yang membuat aku kembali menjadi manusia biasa. Aku keluarkan semula barangan aku. Aku keluarkan tubuh segar tadi kemudian letakkan ia di atas meja. Prakk. Selepas satu hentakkan kuat, darah memercik keluar dari bahagian bawah buku lali tubuh si mati. Aku buang kaki tersebut dalam plastik hitam, kemudian aku teruskan. Bahagian kaki si mati sungguh mulus, aku tetak dan tetak. Tiba dikawasan kemaluan si mati, yang disangka perempuan rupanya si mati ini lelaki. Memang manusia bodoh sebigini akan menjadi penjana pendapatan sampingan aku. Aku teruskan kerja sehingga di bahagian perut, aku leraikan usus-usus dan masukkan ke dalam plastik hitam. Jantung yang masih berdegup itu aku amati, aku letakkan dalam bekas kemudian aku simpan dalam peti sejuk, ada berbelas lagi bekas yang sama, kesemuanya menyimpan jantung segar. Kemudian ginjal, paru-paru, hati dan lain-lain, semuanya aku simpan didalam bekas yang telah dilabel. Usai melapah dan menyimpan bekas-bekas ke dalam peti sejuk, aku bersihkan kawasan lapahan. Begitu juga barang-barang yang aku guna, setiap satunya aku basuh. Kemudian aku rendam dalam air mendidih, akhir sekali aku simpan rapi ditempat tersembunyi. Tepat jam 2.30 pagi. Aku rebahkan diri atas sofa empuk dan terus memejamkan mata. Ini bukan pertama kali aku tidur di ruang tamu. Biasanya kerana mangsa aku yang akan tidur di bilik aku, dan setiap pagi mereka tak akan sedar dari tidur mereka. Tapi dia ini tidak akan menjadi mangsa aku, sebab kunci bilik tersebut aku letakkan di dalam bilik itu juga. Aku terlelap. Jam 5 pagi aku bangun, menyiapkan segala bungkusan dan bekas-bekas tadi untuk Mat Seman dan Deris. Beberapa minit kemudian mereka tiba di perkarangan rumah aku, aku tolong mereka punggah masuk barangan eksotik ini ke dalam lori ais mereka yang pada siang hari membekal ais di sekitar sini dan tak lupa juga Restoran Abbas Briyani dan Kari Kambing. Usai memunggah, aku serahkan satu helai kertas yang bernota pada Deris.

"Ini bakal jadi kerja terakhir aku, lepas ini korang jangan datang sini lagi.. Kirim salam pada Sal. Katakan pada dia, hadiah ini yang paling banyak pernah aku beri. Pulangannya macam biasa. Masih akaun yang sama"

Mat Seman dan Deris sekadar mengangguk. Sal, orang tua yang punya empayar black market terbesar di asia. Boleh berjual beli hati, usus, limpa dan paru dengan dia. Tapi hati-hati, kerana setiap organ ada mikro-chip buatan Itali. Silap beli, Sal pasti akan cari pembeli untuk diganti. Sama macam si mati pagi tadi. Membeli lebihan daging untuk dijadikan sebahagian bonjolan badan, tetapi tiada pitis untuk tebusan maka nyawa menjadi taruhan.

Sekali lagi rumah aku bersih daripada benda-benda segar yang mati. Pulangan kali ini pasti berlipat kali ganda, sama seperti aku membeli tiga biji transportasi model Ferari. Senyum.

"Awak.."

Aku berpaling, melihat si dia yang baru bangun dari tidur kemudian aku hanya tersenyum. Tersenyum seperti orang biasa.












Dibawakan khas untuk anda oleh Akallic



No comments:

Post a Comment