20121115

Tahun Baru

Assalamualaikum
&
Greetings..

Petang-petang naik perahu,
Naik perahu tanpa diminta,
Kalau cinta yang kau mahu,
Aku disini sudi mencurah cinta.

Asam garam manusia sejagat, aku tahu hampir kesemuanya. Aku juga sama seperti mereka, semuanya mahu cinta. Tak kiralah ingin dicintai, mencintai atau saling mencintai. Aku juga begitu. Cuma kadangnya yang aku mahu bukan cinta luar biasa yang terlalu banyak emosi, romantis dan lain-lain aspek yang memberi rentetan akhir nanti tiada penghujung kerna satu. Aku bercinta bukan pada landas manusia sahaja. Aku ingin cinta yang ada di atas jalan Allah. Bukan sembang seribu perkara. Bukan berkata tanpa berkira. Bukan meluah kata sia-sia. Hakikat nyata seorang manusia.

Aku berbicara pada landasan dengan bantuan solusi. Solusi yang mungkin satu hari nanti akan menerangi jalan buntu aku dalam sesi lumrah kehidupan edisi terhad ini. Aku tak mahu ammarah dan benci mengakhiri pengembaraan percintaan aku dengan dia.

Sumber: Pakarcinta.com
Aku mahu cinta aku akan diberkati. Aku juga mahu dia yang kali ini tiada tolok tandingnya. Aku yakin pada dia. Aku yakin pada DIA.

Untuk si dia yang bakal aku peristerikan. Mungkin janji bukan penjamin kita bahagia. Tapi aku janji yang kau takkan sia-sia memilih dan memberi peluang terakhir buat aku. Terimalah cinta seadanya. Kerna memang manusia ada kekurangannya.












SALAM MAAL HIJRAH.

No comments:

Post a Comment