&
Greetings..
Kadang-kadang aku tak faham dengan diri aku sendiri, kadang-kadang aku tertanya-tanya apa sebenarnya yang aku mahu.. Aku rasa aku ini minoriti. Sebab itu aku takut untuk bersama dengan engkau yang cantik umpama bidadari. Aku juga tidak mahu engkau dilabel golongan minoriti setaraf dengan aku. Satu hari, satu hari aku tersenyum puas, terpancar rasa bahagia. Semua kerana engkau.. Malam ini aku tak mampu lena. Malam ini aku tak mampu mimpi indah. Malam ini aku tak mampu pejam mata sekalipun. Aku mahu momen-momen indah semalam tidak hilang dalam mimpi aku. Aku mahu ia sentiasa segar dalam memori aku.
Hebatnya senyuman itu tidak boleh digambarkan, hebatnya sipemberi senyuman itu tidak boleh dinafikan. Antara anugerah yang tuhan berikan pada kita.
Kopi dan susu menjadi menu mingguan aku. Setiap kali aku terpandang kopi, aku teringat susu. Kemudian aku ingat sesuatu, atau mungkin seseorang, seseorang yang menyebabkan aku minoriti..
"And then he gives me a smile that just seems so genuinely sweet with just the right touch of shyness that unexpected warmth rushes through me"― Suzanne Collins, The Hunger Games
No comments:
Post a Comment