&
Greetings..
Susu itu putih, kopi itu hitam. Tapi mereka secocok bersama.
Susu itu enak, kopi itu nikmat. Tapi mereka serasi bersama.
Susu itu likat, kopi itu keruh. Tapi mereka sepadan bersama.
Aku kembali ke pembaringan. Kelas hari ini mula pada jam 11 pagi. Terlalu awal untuk aku bersiap. Aku capai telefon bimbit, aku aktifkan penggera jam 10. Aku lelapkan mata, lenakan minda. Berharap agar imaginasi tidak merosakkan motivasi pagi aku hari ini. Tapi aku hampa, jam 8 aku kembali terjaga. Aku kedapur, aku tuangkan kopi dalam gelas, kemudian aku capai susu segar sejuk dan penuhkan gelas tersebut. Perlahan aku hirup gabungan dua benda berbeza ini. Nikmat aromanya, enak rasanya. Kemudian aku terfikir, kenapa dua benda berbeza tapi masih boleh bersama dan meninggalkan efek yang sangat hebat? Buntu. Aku lihat ke dinding, masih sama. Wajah dia. Kenapa aku dan dia tidak boleh bersama? Mungkin sebab aku ini bukan kopi dan dia bukan susu. Aku teruskan menghirup sambil meneliti kotak susu segar tadi.. 10 pagi.. Ke bilik mandi..
Aku jumpa kau setiap hari, tapi aku tidak puas hati kerana ia hanya imaginasi. Hari ini ada kelas gabung lagi. Aku hanya mampu memerhati kau tanpa kau sedari..
MIMPI. CUMA MIMPI..
No comments:
Post a Comment