&
Greetings..
Dua puluh empat jam. Masa yang aku ambil hanya beberapa minit sahaja sepanjang dua puluh empat jam tersebut, kurang daripada sejam..mungkin. Untuk mengenali engkau dan sematkan memori indah-indah belaka tentang engkau walhal aku sekalipun tidak pernah bertegur sapa dengan engkau. Ya, aku memang pemalu. Ehem. Tapi sebenarnya aku tak siap siaga bersedia lagi hendak bertembung muka sama muka dengan engkau. Kenapa? Diri ini sendiri tidak tahu mengapa. Maafkan aku. Tapi kau perlu tahu, aku bukan lah lelaki seperti lainnya. Aku ada ciri-ciri istimewa tersendiri. Dan kalau engkau baca dan faham apa yang aku taipkan disini, AKU SAYANG ENGKAU. Ehem. Mungkin pelik, tapi percayalah. Aku mudah mengadaptasi segala perihal, pandangan dan aspek untuk orang yang aku sayang. Misalannya kau minat menonton bola, maka aku akan siap sedia mengubah diri aku menjadi orang yang boleh menonton bola. Ehem, aku memang tak minta tonton bola. Tapi semua itu mengikut persekitaran dan kesesuaian diri aku juga.
Engkau umpama pencetus diri aku. Semenjak aku kenal engkau, aku rajin bangun awal pagi, tunaikan solat subuh serta banyak lagi, tidak lupa juga ke kelas setiap hari, untuk mendapatkan ilmu....dan memerhatikan engkau....dari jauh. Ehem. Entah kenapa masa nak menaip ni la tekak aku menjadi tidak selesa, berdehem sepanjang masa. Maaf. KALAU kau baca, tolong bagi respon pada aku.. Kau tahu kat mana nak cari aku, bukan? Terima kasih..
No comments:
Post a Comment