20120814

Testosterone dan estrogen

Assalamualaikum
&
Salam sejahtera..

"Memandangkan hari ini kita semua berpuasa, adalah baik jika aku katakan yang tajuk post ni cuma nak terangkan tentang lelaki dan perempuan. Bagi mereka yang tak berapa tahu apa yang aku sampaikan, abaikan sahaja. Tak rugi pun tinggal, tapi beruntung kalau kau faham."

Sekitar 15 minit sebelum imsak bas aku dari Kuantan sampai ke terminal Larkin. Aku tahu tak ramai yang tahu aku balik semalam. Walhal kolej aku sejak Jumaat lagi dah kosong. Cis!

Sebelum aku balik, sempat juga amad bawa aku pusing-pusing Kuantan. Uniknya Kuantan ni, diorang berbuka kat padang je. Tapi bapak punya ramai manusia kat situ. Memandangkan aku ini manusia yang tak berapa suka tempat yang bapak punya ramai manusia, aku cekalkan minda, hati dan perasaan. Sebelum pergi berbuka tu aku sempat diajak Ikhwan Iskandar dan rakannya berbuka bersama, sebab tu aku boleh terselit kat situ, tapi puas hati. Bazaar sebelah padang tu memang luas, aku rasa masuk tibi hari tu, tapi maklumlah, pelajar berjaya macam aku ni mana sempat nak tengok tibi.. Aku sendiri terkejut ada jugak tempat macam tu dalam mesia ni.

Ah, panjang betul mukadimah. Ni part sebenar perihal lelaki dan perempuan masa tu. Aku tengok kat bazaar ramadhan ni ramai betul lelaki perempuan berkepit, walhal kat bazaar ramadhan nak membeli juadah sambil menunggu waktu berbuka. Bazaar Ramadhan. Ramadhan bro. Aku bukan apa, jeles jugak tengok diorang ni berbelangkas dengan pasangan memasig, yelah, aku ni solo je.. Oh ya, yang berbelangkas tu semua mak cik pok cik atau pasangan yang dah berkahwin, yang muda mudi semua okay. Budak Kuantan memang okay je kat bazaar ramadhan tu.. Bila cakap macam tu, aku terfikir sesuatu dalam perjalanan pulang ke Johor malam tadi dalam bas.

Agak-agak sampai bila kita akan nampak muda? Dan bila dah tua berkedut nanti masihkah aku akan menyayangi si dia? Aku tengok pok cik mak cik ni rilek je, macam mana diorang kekalkan hubungan diorang pun aku sangat ingin tahu.

Kalau korang jadi aku, korang terfikir tak macam ni?

Jalan lenggang masa berbuka

No comments:

Post a Comment