Assalamualaikum
&
Greetings..
Dua hari lepas amad ada cakap yang budak-paling-manis ada tanya pasal aku. Ah, persetankan saja dia. Tapi bila difikirkan lagi, kenapa pula dia bertanya tentang manusia yang dia tidak suka? Atau dia suka aku? Akui aku kalau kau suka aku, bukan salah pun suka pada manusia macam aku. Ye dak?
Jam dua pagi. Aku tengah meleret-leretkan senyuman kepada siling rumah walhal si siling itu hanya kaku dan tidak beremosi seperti mana aku yang melayan perasaan pada pagi itu. Suram. Kanan aku ada Rafi. Rafi dah tertidur sejak jam 1 lebih lagi, penat gamaknya. Senyuman aku terhenti lagi bila aku teringat wajah dia. Oh ya, sekitar jam 2 tadi aku tersenyum kerana lagi 4 hari dah nak balik cuti raya. Bila wajah dia terbayang dalam gelap tu, aku segera pudarkan senyuman aku, aku takut kalau-kalau aku juga TERsuka akan dia. Aku tak tahu samada dia suka aku atau tidak, tapi hati aku kata "TIDAK SAMA SEKALI" tapi Amad dan Rafi pula beria berkata yang budak-paling-manis tu "AMAT SUKA AKAN AKU". Bingung.
Sebab musababnya aku takut tersuka akan dia ialah macam mana kalau-kalau ada orang lain yang suka pada dia juga? Yelah, dia tu budak-paling-manis kat tempat aku belajar. Aku tak nak bersaing, sebab aku tahu aku akan mengalah dengan cepat sebab aku tak nak bergaduh kerana seorang perempuan yang tidak pasti lagi hak aku. Kalau korang jadi aku pun korang akan bertindak begitu juga kan?
Dan.. Ya, aku pernah suka dia suatu masa dulu, tapi itu dulu.. sekarang aku.... Entah. Gelap, aku terus masuk ke buaian drama mimpi bergenre aksi. Entah macam mana, aku sendiri lupa mimpi aku malam itu, tapi yang jelas nyata dalam memori aku hanya wajah dia yang terbayang pada ruang gelap gelita malam itu.
No comments:
Post a Comment