20120801

Puasa

Assalamualaikum
&
Greetings..

Dua puluh empat jam diberi, semuanya aku urus sendiri, masih bujang. Hidup menjadi bujang ni seronok, tapi aku dengar ada orang kata "Aku menyesal kahwin...lambat, kalau aku tahu betapa seronoknya kahwin awal dari dulu lagi sudah aku pinang anak Pak Cik Sameon penoreh getah moden tu". Seronoknya kahwin awal itu aku tak nafikan.

Dan bila hidup membujang di negeri orang, mula lah ada yang merengek tak cukup duit, bila tak cukup duit, tak cukuplah makan dia. Bila Ramadhan menjelma mereka sangka wallet takkan kering, tapi mereka silap. Baru hari ketiga puasa masing-masing dah buka meggi, bukan sebab nak saving, tapi sebab duit dah perabis kat bazar beli pembuka masa hari pertama dan kedua puasa. Merengek lagi.

Tak lupa juga mereka yang masak sendiri, tapi sebab leka main counter ramai-ramai, terlupa nak tutup api lepas kacau sup, sup pun kering. Pulak tu masa masak nasi, kurang air. Maklumlah, baru pertama kali. Dah kena berbuka nasi keras lagi liat. Kalau ada rasa pulut tu takpe jugak, ni rasa kerak hangus.


Entah apa yang kurang aku tak tahu, tapi aku tahu garamnya terlebih.


Esoknya tengok resipi kat internet, sibuk nak masak ayam masak lemak cili api, tapi yang jadi ayam keras lagi liat masak lemak cili api masin terlebih santan tertumpah serbuk kunyit. Sedih. Berbuka lah meggi.

Hidup di perantauan memang banyak dugaan, kalau tak mahu hidup susah, ciumlah ketiak bapak tujuh puluh tiga ribu enam ratus empat puluh sembilan kali sampai hidung dah betul-betul lali. Tapi gelaran tetap anak mak. Mana ada anak bapak. Bertapa pentingnya emak kita..

Lepastu masa sahur pun ada masalah jugak, malam-malam lagi dah prepare macam-macam. Ada roti, meggi, murtabak lebih masa buka, air kathira dengan kurma bawah tudung saji disimpan untuk sahur, tapi alarm pulak lupa set. Kalau dah set pun takde yang bangun, kalau gempa bumi sekalipun takkan ada yang bangun dalam rumah bujang tu. Tak tahu kat mana silapnya. Petang sikit ada lah yang mula mengadu, lapar lah, itu lah, ini lah.. Cepat je motor kapcai tu bergerak pergi bazar bungkus air kathira dua bungkus dengan murtabak empat keping, kemudian terus je tunggang motor balik rumah, bila sampai kat area rumah sewa, lari-lari anak sambil visor kat helmet tu tutup muka yang tengah bawak makanan masuk ikut pintu belakang takut orang nampak dia baru balik bazar. Lepas sendawa baru sedar tadi azan asar, bukan azan maghrib. Masa buka makan sikit je, katanya "makan semasa lapar dan berhenti sebelum kenyang" walhal perut tu dah membuncit macam mayat kembung.

Tapi lepas dah kahwin, teringat kat kenangan masa bujang, memang best. Best yang amat. Tapi kenang sendiri-sendiri je, taknak cerita kat anak cucu, takut malu. Keh keh.

No comments:

Post a Comment