20120621

Cakap Kosong 1#


Assalamualaikum
&
Greetings..

Korang tahu tak kenapa ada satu 'trend' dimana bila ada orang tu kena nganjing, kena bahan atau yang sama maksud dengannya lepastu dia cuma cakap "Alhamdulillah" ?



Well, cuba korang fikir, kenapa diorang cakap macam tu? Untuk puaskan hati korang? Untuk pertahankan diri diorang dengan pertolongan Allah? Fikir..

Alhamdulillah ialah salah satu kalimah yang benar-benar menyatakan kesyukuran kita terhadap kurniaan Allah. Jadi kalau korang nak gunakan benda ni untuk buat kawan korang rasa bersalah terhadap Allah sebab bahan korang dan korang cuma cakap 'Alhamdulillah', korang salah.

Jadi kenapa pulak diorang nak rasa bersyukur bila kena bahan atau kena nganjing? Simple. Korang pernah dengar tak ayat ni "segala yang baik itu datang dari Allah dan segala yang buruk itu datang dari diri saya sendiri.." biasanya kita boleh dengar dalam ceramah, ucapan, syarahan ataupun perhimpunan rasmi sekolah korang. Disini aku betulkan sikit ayat tu "segala yang baik itu datang dari Allah dan segala yang buruk itu JUGA datang dari Allah atas kelemahan diri saya sendiri", benda ni pun aku dengar berulang kali dekat IPT aku. Nampak tak? Maksudnya kat sini, seseorang tu rasa bersyukur bila dia kena nganjing sebab dia tahu itu semua datang dari Allah. Sebagai contoh Ali kena nganjing rambut dia kusut tak bersikat dengan kawan-kawan perempuan dia, lepastu dia terfikir dan cuma cakap Alhamdulillah kat kawanan budak perempuan tu. Esoknya dia datang sekolah dengan kemas dan rambut yang bergaya dan tersikat rapi. Lepastu terus minah yang selalu ejek dia tu ajak kahwin sebab si Ali ni hensem sangat bila sikat rambut. Sekali lagi Ali cuma cakap Alhamdulillah. Sebab tu orang kata "setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya". Jadi, lepas ni kalau korang kena nganjing cakap Alhamdulillah sahaja, lepastu cuba ubah diri korang sikit. Kena bahan je terus cakap Alhamdulillah..kalau boleh Istighfar banyak-banyak, pupuk kesabaran orang kata.

Tapi kalau muka pun dok macam nganjing kawan tu balik masa sebut Alhamdulillah sah lah kau ni macam dia jugak, buat biar ikhlas.. jangan buat main kalimah-kalimah Allah ni.

No comments:

Post a Comment