20120530

Penulisan tentang mimpi

Assalamualaikum,

Beberapa hari lalu dia sering didatangi mimpi, dan buat dua hari ini dia berjaga sepanjang malam dan terus melakukan sebarang aktiviti yang munasabah. Antara penulisannya tentang mimpinya yang dikongsi bersama ialah Semua ini tentang aku..., Ini semua tentang aku dan yang terakhir dan terbaru Semua ini tentang aku lagi.

Di sini akan dkongsikan ketiga-tiga cerita dia.





EPISOD 1: Semua ini tentang aku...



Darah memercik, orang tua itu menjerit dengan kuat. Aku tak sangka Zali akan buat macam tu kat orang tua tu bila mereka tak bayar duit perlindungan pagi tadi. Malam semakin larut..Aku keliru

Dappp!! Kelibat seorang perempuan jatuh dari tangga bergegas berlari dari kami dengan membawa pakaian-pakaian dia sekali. Aku bingung, segera aku ambil pakaian-pakaian dia yang terjatuh atas lantai..

"Biarkan je dia!" Jerit Zali kat aku, aku berlari tinggalkan diorang, aku terus ke rumah..atau mungkin mengejar anak dara tersebut

***

"Iera.." dia terus mendakap aku setibanya aku pulang, ibu yang sedang lipatkan pakaian Iera pun turut sama teresak-esak dengan Iera yang masih kemas dalam dakapan aku..

"Maafkan Syafiq.." makin kuat tangisan dia..aku bingung lagi.

"Nak, pergilah..bawa dia sekali. Ni ada cek, RM28ribu semuanya" mak aku terus merayu pada aku.

"Ibu.." perlahan aku letakkan Iera diatas katil aku, dia tertidur, mungkin dia penat..

"Ibu tahu kau sayangkan dia, tapi kau lambat cari duit masuk meminang dia, kalau tak..."

"Hmm, adik-adik mana?" Pintas aku apabila ibu cuba ungkit kembali kisah silam aku itu..

Ibu diam..

***

Pagi berikutnya, aku bangun lewat sedikit..Iera juga masih lena di ulit mimpi indahnya. Aku terus hantarkan adik-adik aku ke rumah Mak Senah, Mak Senah akan ambil dan hantar adik-adik aku naik van usang dia. Kuat betul orang tua tu..

Aku pulang, melihatkan ibu yang baru melangkah kaki keluar aku segera dapatkan ibu

"Kejap lagi Angah pergi, ibu jaga diri ya...angah minta maaf" aku serahkan balik cek 28ribu tu.

"Kalau senang-senang, kau pulanglah nak..ibu mesti rindu" dia peluk aku dan cium dahi aku..aku tersenyum dalam beberapa ketika.

***

"Iera.." perlahan aku kejutkan dia

"Ermmm..." dia mengeliat kecil

"Bangun mandi sayang.." entah macam mana mulut aku laju menyebut perkataan yang sudah lama tersemat dalam hati yang terluka ini, aku sendiri tak tahu..tapi aku terlihat wajah dia tersenyum lantas bangun tinggalkan aku sendiri yang sibuk cuba sembunyikan rasa malu yang aku cipta sendiri..

***

"Sya, aku mintak maaf.." perlahan aku toleh dia, kemudian aku senyum..

"Kau tak salah Iera..aku yang salah" dia duduk disebelah aku..

"Hmm.." dia senyap, aku bangun dapatkan bag baju dan barangan kami berdua..

"Marilah, kejap lagi bas nak gerak dah.." Aku capai tangan dia..

Tangan aku digenggam erat..aku dapat rasa sesuatu, sesuatu yang aku sendiri sudah pasti..

***

Ramai budak-budak Zali hari tu, aku beri bag pada Iera...

"Pergi terminal, aku akan tarik perhatian diorang..tunggu aku kat sana" dia cium pipi aku..

Aku berlari anak tinggalkan dia yang sudah ada dalam teksi tu..

"Woi" Jerkah aku pada rakan-rakan seperjuangan aku suatu ketika dahulu.

"Haaa, ada pun kau..Zali nak jumpa, sekarang" kata Manap sambil melambung-lambung baseball bat dan semakin rapat ke arah aku diikuti 9 orang budak-budak Zali..

"Aku tak nak jumpa Zali, cakap kat dia aku dah tak nak tolong dia apa-apa lagi.."

Argghh! Kumpulan tersebut mula membuka langkah, aku hanya mampu lari...semakin lama semakin ramai yang kejar aku.

Jalan mati..aku tertekan..sembunyi..

Tak lama kemudian Manap jumpa aku, dia bertiga dengan Kasim dan Salim..aku merayu pada diorang agar tinggalkan aku..aku takut diorang jadi mangsa aku pula, walhal diorang ialah kawan baik aku masa aku dalam geng Zali.

***

Kasim dan Salim mati, Manap sibuk menutup lubang yang ada badan dia, darah tidak berhenti keluar, bergetar tubuh badan Manap..Aku lari tinggalkan diorang, tangan aku penuh darah merah..

Pertama kali aku buat apa yang selalu aku buat..dekat kawan-kawan aku sendiri..

***

Aku lari lagi, sehingga sampai ke terminal..

"Maafkan aku libatkan kau dalam benda ni" Iera masih tak mampu terima kenyataan...dia peluk aku lagi, dan menangis..seperti semalam..

"Dah sampai masa kau buat pilihan lagi..mari mulakan sekali lagi.." dalam tangisan dia cuba meminta sesuatu dari aku..

"Bukan aku tak nak, tapi aku takut kau tak sayang aku lagi.." pelukan dia makin erat, wajah dia mula menambah jumlah air mata..

"Aku sayang kau Sya, dan takkan ada sorang pun yang aku nak selain kau.." dia mendongak melihat tepat kearah mata aku "Tolonglah...sayang" aku cium dahi dia..

"Marilah, kita mulakan sekali lagi..." aku gembira melihat dia tersenyum..


########################

"Aku nak bunuh Pak Haris tu" Jerit Zali..

"Zali..." aku rapat ke arah dia "Bagi lagi satu peluang untuk diorang.."

"Ahhh!" dia marah..

"Kalau kau sentuh dia, aku takkan sesekali lupa wajah kau selagi kau tak mati dalam pandangan aku"

"Janganlah marah Sya, aku tahu kau sukakan anak dia tu kan? Apa nama dia? Iera?" padu tumbukan aku kena pada rupa dia..

"Woi!!" Kasim dan Salim pegang aku..Manap pula mahu hentak aku dari belakang guna baseball bat dia yang banyak corak darah dari kes-kes sebelum ni. Ya, busuk..

Aku rebah..gelap

Sesadarnya aku, aku masih dipegang erat oleh Kasim dan Salim, Manap berdiri memegang kepala Pak Cik Haris dan Zali memegang parang dileher orang tua tersebut.

"Jangan Zali, kau kena ingat aku takkan maafkan kau kalau kau buat macam ni" Zass..terkulai kepala, hilanglah nyawa..yang ada cuma darah...

Kasim dan Salim terpegun, diorang terkejut tengok Zali benar-benar kerat kepala orang..Aku berdiri

"Hahahaha" gelak dia memberi aku satu peluang.. Aku pantas buat Zali terbaring dan mula melepaskan diri.

Dan... aku dapat lihat Iera berlari naik, tak sampai beberapa minit dia turun semula.. dia jatuh..

....

"Suspek berumur 23 tahun didapati membunuh semasa dibawah kawalan dadah dan menerima hukuman gantung mandatori..." Zali, aku tak sempat maafkan kau.. pergilah kau mati dengan cepat..

"Abang, tengok apa lagi tu? Marilah teman Iera tidur.." senyuman dia itu yang aku inginkan..dan aku harap ia berkekalan..

"Mak, malam ni Angah nak tambah cucu mak.." Nasib baik ada Mak Senah datang tolong ketuk belakang si Manap sampai dia pengsan, kalau tak mesti adik beradik aku jadi macam Iera jugak.


"Selamat Pagi"




EPISOD 2: Ini semua tentang aku



Seronoknya bersama dia..

"Bie!" aku tersentak dari mengelamun..

"Apa?" sambil tersipu-sipu aku lemparkan senyuman lebar dari telinga ke telinga.

"Kenapa bie selalu je termenung bila sayang tengah cakap?" kemudian dia mecebik.

"Bie tengah menatap wajah sayang laa, sayang ni comel sangat" lantas muka dia berubah senyum.

Lemparan senyuman dia pada aku sungguh mengujakan. Dah sembilan bulan kami berkenalan dan kini ia menjadi satu hubungan kemesraan. Aku dah tetapkan sebulan dua lagi aku nak menikah dengan dia.

...

Tapi cerita cinta aku dan dia tak lama, pakwe lamanya kembali dapatkan dia..dan..dan aku dibiarkan terkial-kial sendirian ditengah-tengah jalan sebuah perhubungan yang terputus tanpa sambungan.

Dua empat puluh tiga minit pagi, semuanya masih gelap, samar dan kelam. Deruan kenderaan memecah keheningan. Seruan siren kenderaan kecemasan milik jabatan kesihatan membangkitkan lagi kemeriahan pagi yang baru sahaja diam. Jauh. Jauh sangat fikiran aku pagi itu, entah mengapa begitu aku sendiri tidak tahu. Mungkin kerna dia yang pernah aku cintai suatu masa dulu. Tapi itu semua dah berlalu, tiada apa yang aku mampu buat ketika itu..langkah dimulakan untuk ke pembaringan, diri ini direbahkan. Semua menjadi gelap..

...

Efeksi cinta tanpa definisi membuatkan aku kelesuan sehari-harian menghadap masalah yang timbul tidak berhenti. Akauntan bukan lagi satu bidang yang aku minati seperti mana awal-awal dulu, keghairahan bekerja hilang seperti mana semangat hidupku pergi seperti mana dia yang lenyap tanpa kabar berita yang sudah hampir 3 minggu lamanya. Tapi aku masih sama. Cuma menunggu notis 24jam untuk meninggalkan pejabat ini. Pejabat yang akan kembali sunyi, tapi tak sesunyi diri ini..Sial.

Aku mula menganggur dan hidup tidak tentu hala..aku cuba buat itu, aku cuba buat ini, aku cuba marijuana, aku cuba methamphetamine....."Seorang wanita telah terjumpa satu mayat yang dahsyat, mayat tersebut didapati digilis keretapi tanah melayu ketika cuba melintas rel, kajian pakar juga mengatakan mayat dibawah pengaruh dadah yang merbahaya.." berita TV11



EPISOD 3: Semua ini tentang aku lagi



Purnama malam semakin malap, ayam mula berkokok membangkitkan manusia-manusia dikawasan kediaman aku. Hari semakin subuh, subuh pun menjelma. Tapi hanya aku seorang yang dari lewat senja semalam hingga ke awal subuh hari ini aku tidak terpadam lagi, mungkin lepas ni aku akan terpadam untuk selamanya atau mungkin sebaliknya. Aku hanya bersandar di tepi bilik aku, mencari jawapan yang tidak pasti serta ditemani oleh suluhan cahaya mentari yang mula naik tinggi. Suasana diriku banyak berubah. Dulunya aku periang. Dulunya aku tak pernah berduka. Dulunya dia masih ada disisiku sehari-hari. Tapi itu semua dulu.

...

Mei 2012

"Assalamualaikum" blingg, bunyi itu menandakan seseorang menghantar pesanan kepadanya dalam laman sosial tersebut"wslm.." dia tersenyum

"Ganggu ke?"

"tkde la"

Perbualan aku dan dia terus hingga ke satu peringkat dimana aku sendiri tidak menyangka..

"ad awek tk?" aku tak mampu berfikir untuk sementara, entah kenapa aku sendiri tidak dapat mengetahuinya.

"Takde, kenapa?" aku menyoal dia kembali, seperti mana aku sendiri tercari-cari apakah yang bermain diminda aku ini.

"Heee" fikiran aku semakin ligat berkerja, segala maklumat yang pernah aku dapatkan dari lahir hingga kini telah digunakan..tapi aku tak tahu apa yang bermain difikiran gadis comel bernama Anis ini.

"Erm, boleh tahu tak kenapa?" Aku cuba mengumpan, bukan si mangsa, tapi si gadis tersebut.

"Tk bleh" begitu mudah dia permainkan fikiran aku sedangkan aku tak pernah gagal dalam mendeskripsikan fikiran manusia biasa. Ah, barangkali dia ini lain daripada yang lain. Mungkin.

"Okay, tengah buat apa tu?" aku cuba mengubah perhatiannya agar aku tidak lagi dipermainkan.

"Tkde pe" aku diam buat sementara waktu. Berfikir sejenak.

"Pakwe mana?" aku cuba bina perangkap, kalau-kalau umpan mengena.

"Mne ad pkwe" umpan terkena, aku teruskan kayuhan tangan pada papan kekunci sebuah laptop berjenama ASUS milik aku, dengan pantas aku dan dia berbicara seperti dua manusia yang sedang akrab menjalinkan satu lagi hubungan selepas persahabatan. Cinta.

Harapan aku tinggi menggunung tidak bercabang, hanya satu. Kesetiaan terhadapnya memang takkan berganti. Aku hanya mahu dia, kalau dia pergi..aku mati.

...

Aku makin bahagia bersama dia, aku makin ceria bersama dia, aku makin sayangkan dia setiap masa, setiap masa yang berlalu. Dua puluh empat jam dibahagikan, setiap satu saat itu berharga, setiap saat itu aku habiskan bersama dia. Kalau tak dapat jumpa, kita berdua mendail nombor kemudian mendengar suara bermanja mesra, kalau tak dapat mendengar suara, kita berdua memicit laju pad kekunci memberi mesej kepada pasangan sendiri merapatkan diri menjadi pasangan sejati, aku dan dia.

...

Lepas beberapa bulan, Allah turunkan satu ujian untuk aku..susah, sangat susah untuk aku terima ujian sedemekian rupa.

Melihat kekasih hati kau yang paling kau sayangi dan paling takut jika dia pergi dari diri kau ini bermesra-mesraan dengan orang lain selain kau, sakit..Sakitnya bukan kepalang lagi apabila kekasih kau beramah mesra dengan kawan kau, kawan baik. Rasanya seperti jantung dirobek-robek dek kemesraan yang terjalin antara mereka. Sakit. Sangat sakit.

...

Kesakitan tersebutlah yang membuatkan aku kini tidak lagi mampu memejamkan mata, memekakkan telinga, memberi jawapan untuk setiap persoalan dengan mulut atau mana-mana rongga, melengkapkan kehidupan dengan pekerjaan tanpa cacat cela dan meneruskan perjalanan yang dulunya ceria. Kesakitan lalu aku ubatkan dengan kesakitan baru."Astaghafirullahalazim..Syaaahh!!" Mak Kiah berlari menekup mulutnya sambil air mata mula berjejeran, berlari meninggalkan, mungkin dia tergamam. Aku hanya tersenyum, tapi senyuman aku bukan macam dulu. Baris-baris gigi dengan sedikit make-up asli dari diri sendiri.

Itulah suara terakhir yang aku dengar selepas hampir semua organ-organ, mulut, mata, telinga, hidung, tangan kanan dan kedua-dua belah kaki aku penat memercikkan darah keluar dari arteri-arteri yang aku rungkai sendiri dengan kelaran sepanjang ibu jari di setiap bahagian penting dalam diri, aku merobek kawasan dada aku lebih besar, lebih dalam dari robekkan perbuatan si gadis comel yang aku cinta. Yang tinggal hanya tangan kiri dengan pisau bergerigi buatan cina yang aku baru sahaja aku beli malam tadi di pasaraya mini Encik Ali serta kepala otak yang aku simpan agar segala memori antara dia dan aku tersemat hingga akhir nanti. Degupan jantung yang terkelar sini sana semakin perlahan, mungkin penat mengepam darah keluar dari badan aku ini. Sampai masa untuk aku lelapkan mata. Aku masih bersandar pada dinding bilik aku sendiri. Selamat malam sayang.


CINTA ITU MENYAKITKAN, TAPI ADA BENDA LAGI SAKIT



No comments:

Post a Comment