20120524

Oh My English

Greetings,


Seperti wanita comel yang sering menggubah bunga, aku juga ada satu aktiviti yang lebih kurang sama dengan mereka seperti menggubah Bahasa Inggeris tak kiralah sama ada di laman muka buku, blogger, pencicip atau mana-mana bahan tulisan, taipan, salinan dan lain-lain yang boleh mencatat, menyalin, menggambarkan, disentuh, dibaca dan sebagainya sesuka hati aku. Walhal, sebenarnya banyak yang salah. Jadi, aku sendiri akan mencuba untuk menghindarkan diri dari melakukan kesilapan. Korang jugak boleh perbaiki Bahasa Inggeris korang dengan menonton rancangan dari astro TVIQ saluran 601 yang berjudul Oh My English (OME) yang bermula pada 20 Mei 2012.




Hilarious gila tengok iklan ni. Kah kah kah.

Ouh ya, ramai yang kata aku ni hebat dan fasih berbahasa orang putih, sedangkan hal yang sebenar-benarnya aku hanya menggunakan google translate dan adalah satu kesalahan apabila korang pulak berjinak-jinak dengan google translate kerna ingin tampil elegen dengan bahasa orang putih. Kah kah kah.

Stop using google translate for create a post and post it at social website, its horrible. But, somehow it makes my day.. LOL! *Don't you dare ask me am I using google translate for this phrase!



No comments:

Post a Comment