Assalamualaikum,
Beberapa hari lalu sebuah kumpulan yang bergerak sebagai The Mimers telah ditubuhkan, mereka masih baru dan perlukan sokongan. Mungkin dari korang semua. The Mimers(TM) ialah satu kumpulan yang mencipta video-video miming(alih suara) dan gaya spontan dari satu-satu lagu yang ngetop di arena musik tempatan mahupun luarnegara.
So, semalam aku keluar dengan diorang ni semua dan beberapa orang kawan aku, memang fun gila. Well, mana-mana lelaki pun memang fun bila keluar, sebab lelaki tak macam perempuan. Yang macam mana? Aku pun tak sure nak explain macam mana.
Kitorang pergi The Mines, untuk tengok The Avengers dan apa yang aku boleh cakap pasal The Avengers ni cuma AKALIC LAMPAU, atau kata lainnya TERAMAT SANGAT HEBATNYA. Yang belum tengok boleh pergi tempah tiket sekarang tak kira dah mandi atau belum sila terus ke panggung, memang tak akan rugi kalau order 2-3 popcorn bawak masuk sebab The Avengers memang tak bosan, Tony Stark memang hidupkan panggung malam tu, juga Dr Banner. Kah kah! So, kali ini aku nak buat satu post bergambar..the rest korang boleh berpandukan pada gambar-gambar ini.
No comments:
Post a Comment