&
Bismillahirahmanirahim,
SUTERA BUKAN HADIAHNYA
Dua bulan selepas kehilangan kedua ibubapanya, Syaid sekarang memegang share terbanyak dalam syarikat TSB SDN. BHD. Selama tempoh dua bulan dia terpaksa turun naik mahkamah untuk pemindahan segala harta dunia peninggalan orang tuanya, berjumlah jutaan ringgit. Allayarham Tan Sri Borhan yang dikenali kini bersemadi bersama isterinya Puan Sri Syuhaidah, pemergian mereka membuatkan Syaid terpaksa hidup dengan bantuan tangan dan kakinya sendiri. Bayangkan seorang remaja berumur 19 tahun sudah punya banyak harta, tetapi Syaid lain. Dia lain kerana hampir 3/4 hartanya dia berikan kepada sebuah rumah orang kurang upaya di Hulu Langat dan selebihnya dia melabur dalam saham syarikat Wanda's Pte. Ltd.
...
Beberapa hari lagi Syaid akan mulakan pembelajarannya diperingkat diploma, segala persiapan telah tersedia. Mak Mun, pembantu rumah kediaman Syaid sekeluarga juga turut membantu Syaid mempersiapkan peralatan untuk tuan mudanya melanjutkan pelajaran.
Hari ini Syaid telah berdiri dalam kalangan orang-orang yang terpilih memasuk universiti yang terkenal di Malaysia. Minggu orientasi bermula, Syaid langsung tidak berkata. Mungkin kerana dia takut. Seramai dua ribu orang dibahagikan kepada beberapa course dan daripada itu hanya tiga ratus enam puluh dua orang yang memasuki bidang yang sama dengan Syaid. Dalam tiga ratus enam puluh dua orang itu, seramai dua ratus sebelas orang ialah perempuan dan selebihnya ialah lelaki.
Selepas minggu orientasi, Syaid dan rakan seperjuangannya dibahagi kepada beberapa seksyen. Syaid satu seksyen dengan Jamal, Syahid, Khairul, Dzaid, Moby, Syafiq, Farhana, Suraya, Melisa, Mary, Linda, Sharifah, Rahimah, Hana, Nini, Liana, Hamizah, Farah, Anis dan Syahirah. Syaid dilantik menjadi representative kepada seksyen mereka. Dzaid yang peramah mula berkawan dengan Syaid. Kurang dari 3 hari mereka sudah seperti sahabat karib yang sudah lama kenal. Semester demi semester berlalu.
Tahun ini Syaid dan rakan-rakan telah memasuki ke semester tiga, mereka juga telah mendapat satu tugasan dimana setiap kumpulan seramai empat orang diminta ke beberapa kawasan yang berpotensi untuk menarik ramai pengunjung dimana kawasan tersebut mestilah belum ramai orang yang mengetahui tentangnya, tugasan ini diberi tempoh selama 3 bulan.
Hana, Anis, Dzaid dan Syaid bersetuju untuk membentuk satu kumpulan, Dzaid yang memang minat dalam subjek Geografi dan Sejarah mula memberi beberapa cadangan. Cadangan demi cadangan dilakar dan dicatat atas satu kertas A3 oleh Anis. Hana pula sibuk membuat senarai barang-barang yang perlu mereka bawa bersama nanti. Manakala Syaid pula mendengar penjelasan penuh dari Dzaid. Selepas setengah jam Syaid mula berbicara dan kesemua ahli kumpulnnya memberi tumpuan. Anis terdiam, dia seperti tengah mengelamun.
Dzaid: Sya, stop sekejap.
Hana, Anis, Dzaid dan Syaid bersetuju untuk membentuk satu kumpulan, Dzaid yang memang minat dalam subjek Geografi dan Sejarah mula memberi beberapa cadangan. Cadangan demi cadangan dilakar dan dicatat atas satu kertas A3 oleh Anis. Hana pula sibuk membuat senarai barang-barang yang perlu mereka bawa bersama nanti. Manakala Syaid pula mendengar penjelasan penuh dari Dzaid. Selepas setengah jam Syaid mula berbicara dan kesemua ahli kumpulnnya memberi tumpuan. Anis terdiam, dia seperti tengah mengelamun.
Dzaid: Sya, stop sekejap.
Syaid: Kenapa Zed?
Dzaid: Takde apa, tapi Anis ni diam je kenapa? Tersenyum sorang-sorang pulak tu.
Hana: Wei Nis! Kau kena sampuk hantu ke apa?
Anis: Eh, takdelah..aku tengah fokus dekat Syaid la, kan dia tengah beri taklimat kat kita.
Syaid: Anis? Kau ok ke ni?
Anis: Ok je. Takde apa-apa lah.
Syaid: Erm, takpelah. Anis macam tak sihat je aku tengok, kita bersurai lah.
Anis: Ehh!! Anis takde apa-apa lah, teruskan je lah..
Anis: Ehh!! Anis takde apa-apa lah, teruskan je lah..
Syaid: Tak, Anis tak ok ni..kita pergi makan dulu lah. Jom. Aku belanja.
Dzaid: Haha! Yang itu aku paling ok. Jom lah. Ok lah Hana, Anis..Kitorang balik dulu ye.
Hana: Okay, bye-bye.
Syaid: Lahh, jom lah makan sekali.
Anis: Okay, jom..
Syaid: Kejap-kejap. Anis ni kenapa? Kalau ye pun lapar, janganlah tarik tangan aku.
Anis: Err..hehe, sorry.
Dzaid: Haha, lawak lah Anis ni.
Hana: Ishh..tak baik kau cakap kawan baik aku macam tu! Aku tumbuk kau nak?
Dzaid: Tumbuk? Taknak lah.
Hana: Tahu takut.
Dzaid: Aku?! Aku takut?
Syaid: Ehh, dah dah. Jom kita pergi makan.
Malam itu, Syaid dan Dzaid sibuk membuat persiapan mereka.
Anis dan Hana sedang berborak dihadapan kaca televisyen rumah mereka.
Anis dan Hana sedang berborak dihadapan kaca televisyen rumah mereka.
Hana: Nis..
Anis: Apa?
Hana: Kau kenapa siang tadi?
Anis: Takde apa-apa. Kenapa?
Hana: Betul ke? Sebab aku tengok kau macam lain je.
Anis: Betullah, aku takde apa-apa.
Hana: Aku perhati kau dari masa awal-awal kita dapat satu kelas kau macam ada hati dekat Syaid je.
Anis: Mana ada! Kalau ada, dah lama aku bercinta dengan dia.
Hana: Eleh, habistu yang siang tadi tu kau tenung muka dia lama-lama kenapa?
Anis: Aku lapar sangat masa tu, sebab tu aku buat muka macam tu.
Hana: Yelah tu..
Anis: Haha, kau tak percaya ke? Aku tengah tahan gelak lagi masa tu, sebab tu aku tersenyum je. Mesti kelakar kan muka aku masa tu..
Hana: Memang pun! Macam unta dah aku tengok.
Tergelak besar mereka serumah.
Keesokkan paginya, jam menunujukkan pukul 9.43 minit pagi. Deruan enjin kereta pacuan empat roda binaan Mitsubishi motors, iaitu Triton memasuki perkarangan rumah Anis dan Hana. Dzaid yang duduk bersebelahan dengan pemandu keluar dari kenderaan tersebut dan terus memuat naik barang-barang milik Hana dan Anis ke bahagian belakang kereta mereka. Syaid pula sibuk menguruskan tetapan GPS milik Dzaid. Masa berlalu, tepat jam 10 pagi mereka ke restoran Pak Dollah. Selesai bersarapan mereka meneruskan perjalanan. Hana dan Anis yang kepenatan terlelap dalam kereta mereka. Dzaid pula mecatat nota untuk rujukan mereka setibanya mereka nanti. Syaid pula masih memandu.
Tepat jam 1 mereka sampai ke jeti disebuah perkampungan nelayan, mereka dipinjamkan sebuah bot dan dari situ mereka bertolak ke sebuah pulau yang jauh perjalanannya menaiki bot kuasa kuda hampir empat jam. Sampai sahaja mereka disana, mereka berpuas hati melihatkan pasir-pasir halus menutupi daratan sambil deruan ombak menghempas lembut pasir-pasir tersebut. Memuaskan dan tenang. Mereka berempat mula mencari tapak yang sesuai untuk mendirikan khemah. Hana dan Anis diberi tugasan untuk menyediakan makan malam, manakala Syaid dan Dzaid pula pergi mencari kayu api dan menyalakan api untuk mereka pada malam itu.
Malam itu, Hana dan Anis mula membuat catatan tentang kawasan tersebut. Dzaid pula mula memetik gitar kapoknya. Syaid yang berbaring melihat bintang diangkasa raya telah mencuri tumpuan Anis, tambahan pula cahaya bulan yang samar-samar menerpa menerangi wajah Syaid. Dzaid yang dari tadi perasan akan tingkah laku Anis cuba mengusiknya dengan memainkan satu lagu.
"Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, dia diambil orang" nyanyi Dzaid sambil memtik-metik gitarnya.
Bersambung.. :)
No comments:
Post a Comment