20120406

Aku budak village..

Assalamualaikum
&
Greetings..



Dada sempit otakku dahaga
Ilmu dikembang melangkah ke kolej
Aku miskin tetapi berbangga
Kerana aku budak village

Semangat menuntut semerah saga
Itulah yang aku semat sebagai pendirian
Hidup payah berjauh dengan keluarga
Susah dahulu senang kemudian

Susah senang letak dibelakang
Ilmu dikejar malam dan siang
Agar hidupku sentiasa terang
Menjamin masa depan yang cemerlang

Hidup berteman saling berpesan
Jangan dilupa pada yang di atas awan
Usah resah kerana tugasan
Itulah ilmu pemberian Tuhan

Berpecah belah sekali pun jangan
Hidup sebumbung belajar sekolej
Aku bukan budak sembarangan
Aku budak village

Sahabat,
Mungkin pantun aku ni tak berapa hebat,

Tapi cukuplah untuk korang tahu yang kita semua budak village yang dah berjaya melangkah setapak lagi ke menara gading, jadikan sekeliling kita sebagai panduan dan tauladan. Jauhkan diri dari kegagalan dengan meninggalkan sifat malas yang membebankan..InsyaAllah kita akan berjaya.


image.google.com/aku-budak-kampung

SEKIAN.

keh keh. Jangan cakap aku tak serupa bikin, aku buat macam yang selalu kat dalam kelas tu sebab aku rasa aku perlukan lebih banyak masa untuk pass semua subject..

2 comments: