20121004

Mentaliti Manusia Minoriti

Assalamualaikum
&
Greetings..

Dah berapa bulan aku kata aku suka dia, siapa dia itu masih lagi rahsia. Ayat-ayat, gambaran dan illusinasi imaginasi tidak mampu mendiskripsi si dia, ciptaan Allah yang ini indah berdiri. Aku kehabisan ayat bila bertemu dia, entah apa yang ada pada dia, aku sendiri tidak tahu. Aku hanya mampu memerhati tanpa menggerakkan urat-urat bibir dan mata, malah aku hanya mampu menghantar mesej pada arteri-arteri untuk mengambil oksigen dengan minima yang paling maksima. Ruangan memori tergendala seketika, setiap gambaran dicetak menjadi satu momen yang akan aku ulang semula pada bila-bila masa. Hebatnya sistem manusia, hebat lagi si-DIA yang menciptanya. Syukur. Hanya dengan mengalihkan visi mata aku ke salah satu sisi dimana aku tidak lagi memerhati dia, barulah aku mampu fokus pada sesuatu perkara, misalannya semasa dalam kelas. Ah. Sekarang dah tahu dia itu salah sorang penuntut ilmu sebumbung dengan aku dalam menimba ilmu. Keluh kesah ditamatkan..

"NASA didn't sending the monkeys anymore"

CAT-RIOSITY

 Aku sematkan ayat-ayat ultra biasa disini agar tidak akan ada manusia berasa bosan membacanya sehingga nanti. Ini bukan sebuah diari, hanya sekeping besi yang berteknologi berfungsi sama seperti batu bersurat yang boleh tahan beribu-ribu tahun lamanya.. Usai membaca, segera kongsikannya bersama. Dengan membaca apa yang aku tuliskan sepatutnya engkau tahu dimana taraf mentaliti aku ini. Teruskan membaca kemudian kau dipersilakan menjuri aku. Kerana engkau tahu apa isi-mentaliti disebalik kulit buku ini.

2 comments:

  1. wah wah, bahase dia.. hebat2.. hehehe hantar kucing ye pula ke NASA?? XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahasa tu memang hebat. Tapi orangnya tak hebat mana pun. NASA dah tak nak amek monyet, diorang nak amek kucing pulak..

      Delete