Assalamualaikum
&
Greetings..
Jadi lelaki tak sama macam jadi seorang suami. Jadi lelaki tak banyak tanggungjawab berbanding menjadi seorang suami. Aku tak terfikir sampai ke tahap ni, mungkin minda yang aku bentukkan ini. Belum tercapai akalku untuk melangkah pantas untuk bergelar suami. Sedang benak fikiran aku menari mencari solusi untuk satu masalah peribadi, minda aku terbuka pada sesuatu yang tak pernah aku impi akan terlintas disel-sel neuron yang separuh matang ini. Keliru. Aku teruskan berfikir hal ini, hal yang satu lagi aku letak tepi. Niat hati ingin sekali bergelar si suami mithali, memang setiap suami patut pasang niat sebegini. Hidup ini sekali, biarlah si isteri yang comel, cantik, ayu dan sanggup menerima diri ini aku jaga sampai mati.
Bukan fasal perkahwinan yang aku fikirkan, tapi fasal hal-hal sebelum kahwin. Apa yang aku patut buat dan apa yang tidak? Selepas beberapa ketika, aku tinggalkan hal yang tidak terungkai ini. Aku biarkan diri diulit mimpi. Dari atas tilam yang lusuh ini aku bergerak perlahan menuju ke arah bintang. Pemegang rusuk kiri dicari. Kepada si dia yang menunggu adam yang mencari rusuk kiri ini, ampunkan diri aku ini. Aku belum siaga menjadi pendamping kau disisi. Benarkan kami perbetulkan silap salah itu ini..
OUT
No comments:
Post a Comment