Assalamualaikum
&
Greetings..
"Mak, kenapa orang belajar Bahasa Melayu tapi tak aplikasikan-nya?"
"Hmm.. Entahlah"
Fikir. Objek yang bergerak-gerak tatkala neuron-neuron passif berhubung sesama sendiri memberi sedikit cahaya pada jawapan aku. Tatkala itu juga neuron-neuron baru membina langkah pertama mereka bergerak kehadapan dengan positif. Aku mendengar, aku melihat dan aku merasa setiap saat yang berlalu pergi tatkala aku berfikir sejenak. Aku renggangkan otot-otot kenyal yang bersimpul dalam kepala aku ini. Aku terima jawapan paling kompleks untuk jawapan kepada pertanyaan si anak. Kenapa orang belajar tentang bahasa mereka sendiri tapi tidak aplikasikan-nya dalam kehidupan harian mereka? Kerana itulah yang akan membezakan setiap satu manusia yang bernyawa dan berpijak pada tanah yang bergelar bumi ini. Buat pertama kalinya aku berfikir sejauh ini tanpa ada sebarang tanggapan negatif hadir menyelinap masuk ke pengkalan utama data simpanan diri aku ini. Kerana setiap manusia itu berbeza. Bila semua betul, siapa akan menegur yang salah dan begitu juga sebaliknya. Tamat sesi berpijak pada dunia nyata. Aku lena. Lena sejauh yang aku mampu.
Penggera berbunyi. Ah, mimpi lagi. Tapi aku berfikir dengan sempurna dalam mimpi. Kenapa tidak dalam realiti? Fikir. Gagal. Ini bukan mimpi untuk aku rungkai definisi sempurna, ini realiti. Fuck.
OUT
No comments:
Post a Comment