20140302

Solemn Soul Symphony

Assalamualaikum
&
Greetings...

Sejak dua menjak ni semua benda yang gua buat semua jadi barang perlupusan. Dari A sampai Z takde satupun yang dapat bertahan. Mulanya aku hilang kontrak ikan keli, kemudian syarikat pulak terpaksa ditutup sebab dah takde duit nak renew dan paling tak boleh terima bila masa kerja semua benda tunggang-langgang. Hmm. Kalau lah tiap kali kita buat silap badan kita akan ditumbuhi rumput, gua syak badan gua akan cukup untuk membekalkan rumput segar pada sebelas padang bola macam kat stadium larkin.

Tapi bukan itu yang gua nak kabor. Pasal sorang awek ni. Entah. Gua syak dia suka kat gua, tapi bila gua confront dekat dia dan gua tanya, dia tak ngaku pulak. Konfius la jugak. Dia ni macam bulan dimalam hari yang kelam tiada cahaya gelap gelita umpama lebuh raya karak yang memang takde lampu jalan nun. Dalam gelap dia lah cahaya. Gua tak harap dia balas cinta atau kasih atau sayang gua. Tapi gua harap senyuman dia yang hari-hari dia lempar kat gua tu bertahan lah sampai masa aku kembali kuat seperti sedia kala. Sebab senyuman dia lah yang buatkan gua kuat dan bangkit dalam tempoh aku 'jatuh tersungkur' ni.

TRIMAS.







No comments:

Post a Comment