Assalamualaikum
&
Greetings...
Kalau nak mula bicara dengan madah helah, ampun. Gua dah tak reti.
Berulang tiga kali, hadir berselang-seli.
Gua tak pasti apa kaitan fantasi ni dengan realiti.
Metafora yang rumit sekali.
Biar gua cerita--
Macam biasa gua tiba kat kilang sebelum jam tujuh setengah pagi. Masih awal untuk mula beroperasi. Jadi gua pun duduk atas kerusi sambil tengok timeline fb di pagi hari. Takda benda yang best boleh gua kongsi. Hanya cerita basi memenuhi ruang utama fb, kebanyakkannya hal semalam awek-awek ber-selfie. Belek punya belek, dah hampir jam lapan pagi. Gua bangun dari kerusi dan masuk ke kawasan produksi, nak tengok order barang harini sama ada biasa atau cam b*bi. Jadi gua masuk dengan bertopi, takde topi masuk kawasan produksi boleh kena denda 50 ringgit tiada kompromi. Usai urusan pra-operasi gua kembali duduk bersilang kaki. Rileks je harini. Dua orang awek lalu, sorang jelas mukanya sorang lagi terlindung dek tirai yang tergantung tanpa bertali.
"Ingat taw, esok kita dah janji..."
Hafiz yang dari tadi duduk menghadap belakang gua sebelah kiri, hanya senyum kat awek tadi. Diorang pun pergi.
--esoknya
Kami berangkat dari sini jam sepuluh empat puluh lima minit pagi, matahari pun baru nak naik tinggi. Dengan perut kosong gua berbisik dalam hati agar Illahi merestui dan merahmati aktiviti kami pagi ini hingga senja nanti. Lebih kurang jam 12 tengahari kami tiba di destinasi. Lagu poco-poco dan dangdut memenuhi setiap dimensi perut yang tak berisi. Masa makan Hafiz dan awek dia dan gua dengan budak ni, sisi sama sisi. Tiada pula nawaitu dihati nak meratapi kecantikan yang ada disisi gua sekarang ni. Gua bisukan diri. Kemudian gua berdiri. Dan berlalu pergi.
"Nak pegi restroom, korang tunggu sini"
Gua perasan dia menjeling, tapi gua keraskan hati. Langkah gua tak berhenti. Memang takde rezeki nak tengok sorang bidadari yang gua puji selama ni. Entah pehal entah gua nervous macam nak kena suntik BCG.
Lepas perut dah di isi, kami terus pegi tengok movie. Memang dah nawaitu datang sini sama-sama nak tengok movie. Kononnya nak tengok sejoli, tapi takde pulak harini. Masa dalam panggung gua ada jugak toleh-toleh nak tengok muka dia ni curi-curi. Tapi tak boleh pasal keadaan malap dan cahaya tak merestui nawaitu suci murni gua ni. (Haha)
Bila dah nak balik, baru gua beranikan diri. Tapi dia pulak merajuk, larikan diri. Nak dikejar gua takut dia memang nak bersendiri, nak gua biar takut dia terasa hati. Tapi gua sekadar buat tak reti, terpaksa lah Hafiz dengan awek dia call berkali-kali si bidadari ni. Last-last dia sendiri datang jumpa kami. Dekat sejam lebih jugak dia hilangkan diri. Lepastu kami pun berangkat pulang bila langit sudah gelap dan tubuh lenguh sana-sini.
--beberapa hari lepastu
Gua datang rumah dia konon ingin saling memaafi, tapi belum sempat gua nampak muka dia gua dah kena sodok lori.
Rupanya mimpi. Mimpi dah dua kali.
Tapi--
Baru-baru ni gua dapat sambungan mimpi ni. Mimpi untuk ketiga kali. Masa gua dah kena langgar tu, baru gua dapat lihat wajah budak yang gua kata bidadari tu tadi. Jelas. Macam bukan mimpi. Dalam masa gua terlantar atas jalan melihat langit yang dijunjung gua mula flashback segala memori yang gua dapat dari dia sejak mula jumpa hingga saat gua dilanggar lori. Masa seperti berhenti. Seolah memberi sedikit masa untuk gua kenang segala memori yang bakal pergi. Pergi takkan kembali. Gua rasa sangat sakit, bukan sakit tulang-belulang atau luka yang mengalir darah pekat hasil seni dilanggar lori. Tapi sakit hati. Sakit yang memang tiada ubatnya. Sekarang gua mati. Figuratively.
Jam dah tunjuk 1.35 minit pagi, gua masih lagi mencari apa yang tersirat dan tersurat dalam mimpi gua ni. Apa pun, selamat pagi.
No comments:
Post a Comment