&
Salam sejahtera ke atas kalian..
Gua tak punya sifat sempurna, kadang gua bicara serupa anjing, akal tiada diguna. Tapi, setiap yang gua kata, tak semestinya salah semua. Mungkin bagi sesetengah jiwa, bodohnya gua bersuara tanpa suara. Tapi realitinya, gua selesa. Yang penting gua tak kacau sapa-sapa. Kalau kau fikir ia sia-sia, persetankan gua. Kau takkan rugi apa-apa.
Ini tentang dunia maya. Dunia yang lebih banyak fitnah, helah dan dosa. Golongan yang mana semua yang orang kata itu dusta dan apa yang dikatanya semua betul belaka. Gaya tak ubah 'angel' dari syurga. Sial? Sikit pun mereka tak kesah. Apa yang kita kata, mereka sukar nak terima. Kerna dalam fikir mereka, mereka ini lebih betul dari siapa-siapa. Tapi bukan silap mereka semata. 'Parenting' secara berfoya-foya, membabi buta, maka tersembul manusia bodoh atas dunia.
Dari kecil dah dididik mengeja, gua tak tahu kenapa masih ada manusia yang tak dapat 'adept' dengan bahasa ibunda mereka. Ada pula yang mengaku bahawa mereka bukan dari Meleys, tapi dari Korea, dari Planet Matoki dan sebagainya. Itulah punca kenapa mereka tak dapat guna Bahasa Melayu dengan betul.
"CayEw caYunK awUckS caNgAt2.. LeBeyh dRy sEgalE-GaLewNyeE.."
Tak urbanlah kalau tak ikut 'trending' zaman sekarang. Boleh jatuh hukum dosa taw.
Lagi sedih bila gua nampak anak cina berbicara bahasa 'kita' jauh lebih sempurna dari anak-anak kita. Heh. Itu bab bangsa. Bab agama, gua tak tahu nak mula dari mana.
"Sial la india ni, mak dia tak sunat!" pasal india tunjuk jari tengah kat kalimah Alif, Lam, Lam, Ha.
"Bodoh punya hindu, kau takde agama ke?" pasal hindu biarkan lembu masuk masjid berak bersepah.
"Cina babi, pergi sekolah tak mandi" pasal dim sum dan selamat berbuka puasa beserta logo halal.
Dan sebagainya. Yang gua kata, ini cuma contoh. Contoh-contoh dimana golongan 'angel' dari syurga yang bijak memberi komentar membangun di laman sosial. Ya, para 'angel' ini sudah arif dengan alam maya. Haha. Dunia maya. Kau orang sendiri lihat. Kalau setakat gua bicara, nanti kau kata gua ni menabur fitnah sesama kita.
awek muda ini adalah trending suatu ketika dahulu.
Kalau nak gua sediakan kompilasi bahana minda, gua takut lepas korang tengok nanti kepala otak korang tak boleh nak cerna segala benda yang korang belajar masa tadika hingga lepasan ijazah atau seterusnya. Haha.
pergh.. bahasa tinggi.. kene cek kamus dbp.. :O
ReplyDelete@Cik Lina woh, mana ada tinggi.. Rendah je tu, 2cm.
Delete