&
Greetings..
Bicaranya aku seperti manusia tak punya suara. Bicara hanya terluah berbentuk ayat dan kata, pastinya bukan suara. Bicara hanya di alam maya. Sial kan aku jika kau benci. Sayangkan aku jika kau sudi. Bukan minta kau hulurkan ringgit berguni. Bukan juga minta perhatian setinggi pelangi. Sedikit hormat sudah memadai. Aku hanya minta telinga dan mata agar kau fahami isi hati. Juga aku mahu sedikit memori yang takkan mati. Buat kau semua ingat benda yang kita kongsi. Bukan untuk manusia lain tapi untuk sendiri. Jika bicara aku salah sana sini, perbetulkan jangan dimaki. Bukan untuk menarik perhatian dengan bahasa sebegini. Tapi untuk diri sendiri dibaca sehingga nanti. Kalau kau sakit hati membaca hal-hal disini, kau dipersilakan berhenti. Takut nanti kau makin benci.
Sanjungan tinggi? Perhatian? Pengikut?
Bukan, bukan itu.
Dan setiap yang ada didalam ini, bukan milik aku. Termasuklah gambar diatas.
No comments:
Post a Comment