20130120

Aku sekarang

Assalamualaikum
&
Greetings

Aku sebenarnya tak pernah ready, aku tak pernah ready nak hadap apa jua situasi. Dari dulu hingga kini. Entah apa yang aku perlu, entah apa yang aku tak perlu, semua aku tak tahu. Aku buat ikut sesedap hati. Maybe sebab nawaitu. Nawaitu aku tak pernah tetap. Kadang betul, kadang silap.

Semalam aku tipu, hari ni aku tipu. Setiap hari aku tipu, tipu diri aku. Aku kata aku dah buat sesuatu, padahal aku cuma berbaring memikirkan sesuatu. Fikiran aku tak macam dulu. Fikiran aku sekarang bercelaru. Aku tak tahu nak buat apa, aku tak tahu nak mula macam mana, aku tak tahu itu, aku tak tahu ini. Sial. Sial kan aku?

Dari hati yang gelap, maka terhasillah masa depan yang malap.

Kadang-kadang aku terfikir, tapi hanya terfikir. Lepas beberapa minit, fikiran itu akan lesap dari minda muda aku. Kadang-kadang aku tahu, tapi hanya tahu. Lepas beberapa kali, pengetahuan itu hanya disimpan menjadi perhiasan dalam jasad aku. Semuanya kelabu. Apa yang aku buat tiada hasil yang berwarna-warni.








Mungkin selepas ini aku perlu berubah, tapi aku ini hanya reti pasang niat, reti bercakap. Tapi buatnya tidak. Jadi, aku perlukan seseorang untuk bantu aku. Bantu aku untuk mula. Kalau kau ada baca ini. Tolong. Aku merayu. Pandai-pandailah cari aku. Dekat blog ini boleh, dekat facebook juga boleh. Harap kau faham aku, kalau kau rasa kau juga tidak sedia. Mari, mari kita sama-sama berubah.

No comments:

Post a Comment