20111222

MERAH & HIJAU EMPAT

Assalamualaikum
&
Salam sejahtera..

Semuanya pasti berakhir. Begitu juga dengan cerita ini.. Terima kasih sudi membaca!

MERAH DAN HIJAU

Sedarnya aku diperlihatkan dengan satu pandangan dimana penuh dengan katil-katil yang sama dan beberapa orang memakai baju berwarna biru dan terlihat beberapa orang lelaki dengan kaca mata berkot labuh putih dikelilingi perempuan-perempuan dengan rambut terikat rapi dan mengenakan seragam putih. Hospital, aku yakin aku berada di hospital. Arghh, kepala aku sakit. Sakit ya amat.

"Hijau? Awak dah sedar?"

Aku tak jawab. Aku tahu dia risau. Tapi mulut aku berat untuk berkata-kata. Mungkin kerana kepala aku tidak mampu berbuat apa-apa untuk mengerah tenaga, malah mengangkat kepala sekalipun.

"Hijau, Merah risaukan Hijau. Apa dah jadi hari tu?"

Aku kalah lagi, mata terpejam dan terus terlantar di atas katil empuk itu. Argh.

Selepas seminggu aku ditempatkan di wad bunga raya akhirnya aku membuat keputusan untuk keluar dari situ. Tanpa pengetahuan sesiapa kecuali mama. Aku terlepas majlis Merah dan dia sekarang dah bahagia dengan suami dia.

"Mama, Hijau nak pergi tasik kejap."

"Pergilah, jangan pulang lewat ye nak."

"Insya-Allah..oh ya, kalau mama nak makan, tak payah tunggu hijau ye. Assalamualaikum"

"Yelah, Waalaikumsalam"

Pemandangan tasik buat aku tenang dan lupa tentang segalanya.
Tapi kat tasik ni jugaklah penuh memori aku dan dia. MERAH DAN HIJAU.
Alangkah ruginya aku tidak dapat merasa kasih dan sayang dari seorang gadis yang penuh manis tapi seimbang pula dengan ketakwaannya pada Yang Maha-Esa. Ruginya aku. Merah, kalau lah kau tahu aku memendam perasaan pada kau, mesti kau akan membenci aku sepanjang hidup kau kan? Tapi, itulah faktanya, itulah kebenarannya..

Hari pun sudah senja, aku pulang. Mama tiada di rumah. Barangkali ke rumah jiran. Aku lihat ke arah jam, jarum menandakan jam 5,49 petang. Tiba-tiba mama meluru masuk rumah dari pintu belakang dan terus ke arah aku.

"Hijau, hijau. Mama ada sesuatu nak bagitahu kat hijau."

"Apa dia mama?"

"Merah, merah dah putuskan pertunangan dia dengan tunang dia?"

"Apa?"

"Malam ni kita pergi rumah dia, dia perlukan engkau barangkali"

"Tapi kenapa saya pula yang dia perlukan?"

"Sebab kau cintakan dia"

"Mama tahu?"

"Semua orang tahu"

"Hah? Macam mana?"

"Merah tu dah macam anak mama, dan engkau plak dah macam anak mak si Merah tu. Mama faham perasaan kau tu"

"Tapi merah tak pernah mencintai Hijau, dia lebih cintakan orang lain dari Hijau"

"Hijau, dia perlukan engkau. Malam nanti kita pergi rumah dia ya"

"Yelah, Hijau pergi"

Malam tu aku dan mama pergi ke rumah Merah. Siapa sangka dia akan putuskan pertunangan dia? Apalah yang dia fikirkan sehingga membuat keputusan seburuk itu? Ah, aku pula yang sibuk memikirkan pasal dia.

"Merah"

Dia toleh, ternampak beberapa titisan air membasahi pipi gebunya itu

"Hijau, isk isk.. thanks sebab sudi datang"

"Erm, kenapa kau menangis?"

"Danial, Danial tak jadi kahwin dengan aku"

"Tapi kenapa?"

"Sebab dia sebenarnya dah kahwin, dia juga dah ada beberapa orang anak.."

"Kau tahu dia sudah berkeluarga?"

"Tak"

"Jadi kenapa dia pula yang mahu putuskan pertunangan kau?"

"Dia tak putuskan, tapi aku..dia dah ambil semua harta aku"

"Ouh, lelaki tu mungkin bukan yang kau patut kahwini"

"Aku tahu, tapi sekarang aku dah buat silap besar Hijau"

"Aku tahu, percayalah...akan datang sesorang yang akan membuat kau bahagia"

"Siapa?"

"Kau akan tahu satu hari nanti" *Senyum

"Thanks sangat Hijau"

"Sama-sama..dah lah, kau tidurlah. Aku tengok kau nampak pucat sangat. Rehatlah"

"Ok, thanks ye.."

Segera aku keluar dari bilik itu dan mendapatkan mama. Aku beritahu semua orang apa yang aku ingin lakukan.

Hari menjelang pagi. Segala persiapan sudah disediakan.

"Merah, bangun nak..pakai baju ni. Kita ke masjid ye kejap lagi"

"Eh, mak. Ni kan baju nikah Merah"

"Yelah, pakai.."

"Tapi..."

"Cepat, orang dah tunggu di luar tu.."

Merah terpinga-pinga, dia terus menyiapkan diri. Mereka terus ke masjid.

***

"Aku terima nikahnya Nurul Lia Merahani Binti Syafiq dengan mas kahwinnya Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja...."

Merah terkejut apabila namanya tersebut dalam lafaz akad oleh lelaki yang dia tak kenal itu.

Aku menoleh dan senyum. Merah yang tadinya kehairanan tersenyum sambil mengangkat tangan dan berdoa kepada Illahi.

"Merah, Hijau mintak maaf sebab buat semua ni tanpa pengetahuan Merah"

"Tak, terima kasih kat Hijau sebab buat semua ni untuk Merah"

MERAH DAN HIJAU TAMAT

No comments:

Post a Comment