&
Greetings..
The world is just awesome only with you guys !
Tak lama lagi , kurang dari 2 hari saya akan bertolak meninggalkan negeri kelahiran saya JOHOR . Hari ni [Sabtu, 2 Julai 2011] saya dah belanja sikit-sikit beli barang yang patut dibawa ke negeri orang untuk melanjutkan pelajaran disana . Agak penat bila balik tapi masih boleh update blog ni , dan beberapa perubahan dibuat untuk keselesaan bersama .
Tak lupa juga kegemaran saya sepanjang masa , tapi tak semuanya boleh beli . Ayah cuma mampu bagi voucher Jusco bernilai +/-RM1000 , selebihnya Ibu yang tanggung . Lucky me bila pihak MARA mengecualikan yuran pengajian saya . THANKS to MARA . Saya akan buat yang terbaik untuk diri saya , keluarga dan masyarakat .
Ibu sangat sibuk hari ini , dia sibuk mengajar dari pagi ke tengah hari . Then dia balik dan solat zohor serta berehat seketika . Beberapa minit kemudian dia ajak kami ke Jusco Bukit Indah , belanja barang untuk saya sikit . Bila dah balik , dia masih lagi tak rehat . Ibu kemaskan barang saya , tapi saya just duduk depan lappy ni dan update blog . TAPI korang jangan salah sangka , saya bukannya malas nak buat semua tu . Saya memang nak buat , tapi bukan malam ni sebab saya penat . Ibu pulak tak suka kerja bertangguh sebab tu dia buat kerja lagi sampai siap malam tu jugak .
Dalam beberapa hari ni Ibu selalu ingatkan saya , macam macam dia ingatkan saya . "Nak , nanti buat yang terbaik ye" , "Jangan putus asa" , "Ingat solat ye kat tempat orang nanti" , "Kalau tak tahu tanya orang , jangan terus mengeluh" , "nak buat apa apa ingat tuhan ye nak" dan banyak lagi ... Ayah pun ada ingatkan juga sikit-sikit , walaupun dia busy .
Biasanya setiap Jumaat saya akan pergi ke rumah nenek , nenek pun selalu ingatkan saya . Dia cerita tentang kejayaan anak-anak dia yang dua orang tu . Pak cik saya sorang di Melaka dan sorang lagi di Sarawak . Dua-dua dah ada ijazah , saya nak contohi mereka .
Ada satu malam tu , saya keluar . Tapi bukan dengan kawan-kawan , saya keluar sendirian . Saya duduk dekat satu tempat dan memandang ke angkasa gelap diterangi cahaya bulan yang samar . Saya berfikir , dari lewat malam ke awal pagi saya fikir tentang saya dan orang sekeliling saya . Keluarga saya tak susah sangat , ada orang lain yang lagi susah dan mereka boleh berjaya . Kenapa tidak saya ? Itulah persoalan yang saya terfikir malam tu bila terfikir tentang orang susah yang berjaya . Bila balik , Ibu marah . Saya hanya diamkan diri , mendengar setiap perkataannya walaupun mata dah mengantuk .
Malam ni , saya terfikir lagi . Saya ni dulu seorang yang paling tak gemar berkawan dan saya memilih , tapi baru tahun lepas saya tukar persepsi itu . Saya perlukan kawan , dan boleh ke saya dapatkan kawan yang BETUL ?
Lepas berfikir panjang , saya dah tetapkan . Mahu tak mahu saya kene buat jugak semua ni .
IM SORRY TO ALL GIRLS OUT THERE , UNTUK MASA TERDEKAT NI SAYA MEMANG TAK AKAN TEGUR KORANG SEBAB SAYA ADA MEMORI TAK BAIK DENGAN PEREMPUAN . BUT , DONT WORRY ! KEEP TALKING TO ME , SO I WILL COMFORTABLE WITH YOU LATER .
Think positively please , dont think i am a gay boy . That is bullsitt my fren .
Ape pun , thanks untuk sorang girl yang dah gain my trust to the girls . WALAUPUN IA CUMA SEKEJAP ! Peace .
YeeHaa , Im going to leave my hometown soon . [today]
HellYea , I miss my hometown so soon . [tomorrow]
THANKS UNTUK KAMU ! SEBAB SUDI BACA LUAHAN SIMPLY ME AND I NI , EVEN IT WAS BORING . ITS NOT BORING LAH DOL !! THANKS AGAIN .
No comments:
Post a Comment