20110713

MIC-bukan politik ya

Assalamualaikum
&
Greetings Bloggeria...you too readers

Dalam masa kurang dari dua minggu banyak dah pengalaman disimpan dalam memori sebesar 29837569766332123135612430889713576719GB. Penuh sudah, dan ini akan dijadikan alasan kalau-kalau saya gagal test nanti. Tapi saya takkan gagal untuk semester 1 ni, InsyaALLAH. Nak kata minggu orientasi kitorang best , takde lah best mana. Nak kata tak best, best lah jugak.

MIC-Missery in College

so, saya nak bagi point-point bagi yang best dan yang tak best:




YANG TERBAIK
-Orientation Committee [OC] yang awesome-ghilecilakher
-Program yang ada faedah[bukan insurans bulanan or debit yang ada faedah tu]
-Nama group yang berdasarkan nama binatang , so bila ada gabungan nama-nama ni jadi sangat touching. Again, TOUCHING~
-Walau sesibuk mana sekalipun, Solat tetap jaga. [Kitorang solat Isya' hari tu pukul 1 pagi. Cool bukan?]
-Padat dengan keriangan yang tak terhingga.
-Meneruskan program dengan jayanya walaupun ada peserta yang tak mandi dari pagi hingga lewat pagi
-Share 1 lolipop ramai-ramai[Oh ya, kitorang tak share dengan yang berlainan jantina]
-Mendisiplin diri dengan sempurna

YANG SHITFUUU
-Orientation Committee [OC] yang asyik bahan kami !
-Program yang ada faedah tapi kamu tak tahu ape faedah nye . LOL
-Nama group yang sangat menyedihkan.
-Ada kawan-kawan termasuk aku tersenggok-senggok tahan ngantuk, sampai time sembahyang pun ada yang tido[Cool macam tahi yang dah sejuk bukan ?]
-Keriangan yang tak terhingga sampai kami rasa terlebih-lebih ceria plak , boleh dikategorikan sebagai kanak-kanak ceria lah jugak. Pelan-pelan ada orang tu dia daftar hospital ceria.[ade ke hospital ceria?]
-Tak mandi. Bau jangan tanya. Sarapan rasa lain sebab tak tuttttt. Sekian
-Pukul 1 pagi tidur , 2 jam sebelum subuh bangun.
-Awal pagi dah buat aktiviti.
-Kaki sakit
-Badan sakit
-Hati sakit
-Mata rabak
-Otak dah dikategorikan sebagai pesakit mental hardcore

itu lah sedikit sebanyak.

So , kat sini nak susun 20 jari sebab tak dapat nak update macam selalu. Damn lagi bila asyik ada alasan untuk mengelakkan diri dari duduk depan lappy dan tekan-tekan keyboard dengan penuh semangat serta perasaan macam sekarang ni. Apa pun dah dapat jugak update untuk kali ni.

Oh ya , ini bukti yang kami ni berdisiplin dan tekun mendengar ceramah dan aktiviti yang di anjurkan



Hoooyeeeaaaahh untuk kami sebab jadi team lelaki yang terbaik !!
Hamper pun kene share tahu ? Caring kan kami ni ? Kan kan ? Oh ya , benci bila cakap macam budak tak matang ni... DAMN !!
Berat sikit sebab gambar 5megapixel.
penipu.bukan.saya.

No comments:

Post a Comment