Assalamualaikum
&
Salam Sejahtera
5 Julai 2011 ,
Selamat tinggal rumah , keluarga , my lovely laptop dan selamat tinggal kawan kawan di facebook . Dah sampai seru untuk saya melangkah selangkah lagi kehadapan . Saya akan ke Kolej Professional Mara di Beranang dan mengambil kos Agro Bisnes . 3 tahun , satu tempoh yang bagi saya agak panjang . Namun , itulah yang saya perlukan untuk berjaya dalam hidup . Doakan kejayaan saya dan kawan kawan dan saya akan lakukan benda yang sama untuk kamu semua . Mungkin saya akan berhenti ber-blogging sementara , lagipun saya masih boleh continue blogging bukan ? Ok , seriously masih belum bersedia . Tapi , lucky sebab saya ada seorang ibu yang sangat sayang akan saya . Kata-kata semangat , doa , tunjuk ajar dan banyak lagi diberi tanpa diminta . Thank you buat my mom . Lepas ni saya akan berjauhan dengan dia . Bertambah sedih lagi bila dia cakap "Angah , nanti tak dapat puasa dengan ibu kat rumah . Baik-baik tau dekat sana nanti . Belajar sungguh-sungguh " rasa macam nak nangis bila dia cakap macam tu . Tapi biasalah anak lelaki , susah nak nangis . Macam mahal sangat je air mata tu .
Buat kawan-kawan sekelas last year , last-last year , last-last-last-last year and so on saya doakan korang akan capai kejayaan suatu hari nanti . Bagi yang kenal dari facebook tu , kauorang akan dapat juga doa saya ini . Untuk adik-adik yang bakal jawab paper UPSR,PMR dan SPM tu nanti do the best ok . Good luck untuk semua orang lah ! hehe . Ingatlah 'Life is not about finding ourself . Life is about creating ourself' . Kita sahaja yang mampu mengubah diri kita . PEACE !!
No comments:
Post a Comment