20110606

JADILAH KAWAN YANG BAIK PADA SAYA

Assalamualaikum . .

Bila kita diberi pilihan antara kawan yang baik dan kawan yang sebaliknya , mesti kawan yang baik kita utamakan betul tak ? Tapi , sedarkah kita bahawa kawan yang baik ini hanya 1 daripada 10 dikalangan kawan-kawan kita ? Ia juga tidak bermaksud yang 9 lagi adalah jahat atau buruk . Nak dapat kawan yang baik memang sukar . Langkah utama untuk dapatkan kawan yang baik ialah dengan menjadi kawan yang baik . Faham maksud saya ?

'Buat baik dibalas baik , buat jahat tak semestinya dibalas jahat'

Kalau kita ni kawan yang baik , maka kita akan dapat kawan yang baik . Saya menulis entri ini kerana saya rasa yang saya ni belum cukup baik untuk jadi kawan yang baik . Jadi , maafkan saya kalau ada salah serta kekurangan saya pada kamu semua . Kita semua tak sempurna dan tak akan jadi sempurna . Kerana yang sempurna hanyalah DIA . Allah S.W.T , DIA-lah yang sempurna .

Buat kawan-kawan saya , korang semua cukup baik untuk aku . Tapi aku pula sebaliknya . Berjuta ampun dan maaf pada korang semua ya . PEACE !!



dan buat awak cik mimi , saya menyesal buat bende bodoh tu kat awak dlu . maafkan saya ye .

No comments:

Post a Comment