20171123

Faham

Assalamualaikum
&
Salam sejahtera...

Mereka sangka aku ini bijak beribu perkara tatkala kertas contengan cuma ada beberapa aksara. Tiada isi yang mampu dihadam, cuma permukaan yang aku genggam. Kemudian aku guna logik dalam menerang dengan teori yang kusam. Terkadang aku terlena bahawa ini semua aku pinjam, pinjam dari Tuhan yang selalu aku lupa tak kira siang atau malam. Aku sentiasa menentang arus walhal aku sedar inilah punca aku tidak lulus. Sekarang aku jatuh, cuma kali ini aku tidak bangkit kembali utuh. Akal berhenti mencari solusi dan jari kembali menari disini meluah setiap isi hati yang telah aku telan tiap hari. Semoga tiap sajian yang mendatang aku kembali terima sebagai ujian. Berhenti mengeluh, mula lah berlari dan menyuluh. Suluh mereka yang tidak hadam dan tidak faham. Kembalikan diri kau yang berjiwa patuh. Ilmu itu tidak akan melayang masuk kedalam akal dan tiada akal yang akan menghalang jika akalmu tidak goyang. Kejarlah sebanyak ilmu tuhan, jangan berhenti walau termampan. Usia ini penuhi dengan akhirat dan duniawi. Sebagai seorang insani, ingatkan mereka yang masih bermimpi. Jika letih tidak mampu berlari, berjalanlah tanpa berhenti. Bila jatuh bangkit kembali, bila lelah rehatlah beberapa detik kemudian bangkitlah.

Faham!


No comments:

Post a Comment