&
Greetings
Satu lagi momen sambut ramadhan di tempat orang yang daku titip dalam blog ini. Tuhan je tahu bertapa aku rasa kosong berjauhan dengan famili. Hambar yang bukan kepalang menghadap sekadar skrin bercahaya dalam bilik asrama yang ditinggal sepi oleh hampir semua penghuni. Ditemani dengan mereka yang juga menyepi bersabar menanti cuti panjang nanti. Tapi aku anggap ini sebahagian dari takdir Illahi. Moga tabah wahai hati.
Aku ingat lagi beberapa tahun yang lalu aku ada buat satu post ni, juga pasal ramadhan.
Masa aku kecik-kecik dulu. Ada sekali tu aku berpuasa tapi tak tinggal sarapan pagi selama 3 hari berturut. Sebab masatu ibu pergi mesyuarat, kat melaka. So juadah buka semua beli sendiri. Jenis aku dulu suka simpan makanan dalam bekas tanpa pengetahuan orang. Nak dijadikan cerita, aku simpan makan lebih masa buka tu dan bila pagi aku bangun serta terasa lapar aku terus pi dapur bukak bekas makanan yang aku simpan. Secara selamba pada hari pertama puasa aku makan roti bakar dan peanut butter and jam, hari kedua aku makan murtabak dengan air oren, dan hari ketiga aku makan buger special. Hari keempat tu baru aku sedar, sebab pagi tu aku terasa lapar yang amat. Aku nak pergi dapur, tapi sebab masatu TV tengah on, aku terdengar bacaan Al-Quran, aku tengok sekali imbas baru aku teringat masatu tengah ramadhan.
Tu masa kecik-kecik, ni dah besar semua benda aku buat. Tak payah cerita, takde apa yang patut dikongsi dan diteladani. Cumanya, aku harap ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat kulalui dengan sempurna... (yep, itu lagu)
Tu je, bye. Nak pi duduk tepi tangga sat sambil layan perasaan.
No comments:
Post a Comment