&
Greetings...
Macam biasa, bila mahu mula jari-jemari masih belum sedia mahu menari laju di atas papan kekunci. Tu je kot mukadimah kali ni.
Aku dah start berblog ni lama dah, tapi kebiasaanya yang aku taip bukanlah hal-hal yang penting pun. Banyak yang aku taip ni sebab aku nak baca lagi lain kali, nak dikenang bibit-bibit yang aku digitalkan dalam bentuk aksara. Antara punca aku berblog pula sebab aku suka membaca. Selalu jugak aku baca kisah orang, kadang aku baca bahan ilmiah, kadang aku baca hiburan dan berita semasa. Memang aku dah dididik untuk membaca dari kecik. Buku NILAM tu tak usah cakap, memang dah banyak, cumanya masatu aku takleh nak challenge anak Cikgu Maznah. Bukan sebab dia banyak membaca, tapi dia rajin menulis, dia perempuan, boleh la. Aku membaca banyak sangat tu takde masa nak menulis sinopsis dalam buku nilam tu.
Macam yang aku kata, aku suka membaca. Jadi aku mahu kembali membaca blog-blog yang ada. Segala jasa baik mereka-mereka yang membantu aku mencari sumber bacaan ini dibalas tuhan. Tu je. Roger n out.
Ini antara blog yang aku ikuti sekarang.
No comments:
Post a Comment