Assalamualaikum
&
Greetings...
Dulu aku selalu kemalangan, sampai ke harini dah banyak sangat kemalangan yang aku lalui. Dari sekecil-kecil luka bergarit sampailah ke pecah kepala berjahit sana-sini, patah tulang-belulang tangan dan kaki. Tapi tiap kali aku kemalangan, aku tunjuk lagak, konon aku kuat. Dulu ada sekali aku terlanggar dengan member sendiri kat cerun bukit masa main basikal, kepala aku terhentak kat konkrit pili bomba. Darah mula melelah membasah belakang telinga kanan sampai ke leher, nampak tompok merah pada baju cerah yang aku pakai. Aku terus berdiri dalam terhuyung-hayang, kepala pulak berpinar berdenyut-denyut. Tapi aku buat rilek je, aku mula berjalan nak masuk rumah macam takde apa-apa terjadi. Walaupun aku rasa aku lemah, aku gagahkan juga langkah. Sampai depan rumah, ada auntie ni dia jiran aku dikawasan perumahan aku, dia yang beria terjerit-jerit depan rumah panggil ibu aku. Aku senyap je tunggu ibu aku keluar sambil bersandar pada pagar. Sekali bila ibu aku dah keluar, dia nampak darah meleleh banyak tapi dia rilek je. Dia suruh auntie tu diam. Dia tahu aku kuat. Sekalinya, aku terjatuh, memang pandangan aku masatu terus kelam. Aku sadar-sadar aku dalam kereta, ibu aku nak angkat aku bawak masuk emergency ward. Ikutkan memang kena jahit, tapi sebab doktor tu classmate ibu aku, dia kata better takpayah jahit, nanti kesan botak lagi besar. So, end up kepala dibalut je for few days just nak stopkan pendarahan. Seminggu jugak la aku dalam ward. Tu satu, lepastu aku eksiden retak tulang kaki, pun aku buat keras juga. Dalam masa retak tu, memang dah bengkak sebelah kaki ni macam buah nangka. Tapi aku berlari-lari lagi, menahan je kesakitan tu. Ibu macam biasa, dia tahu aku kuat, dia bawak pergi urut lepas dua minggu bengkak kat kaki tu tak surut. Lepas urut, nenek tukang urut tu cakap, ni bukan bengkak biasa. Ibu bawak pi klinik, kat klinik X-ray baru tahu, retak. Doktor cakap, ini budak banyak kuat ha. Aku senyum, memang aku kuat. Ibu senyap je. Ada sekali tu aku eksiden kereta, melibatkan nyawa. Aku tak pernah cerita pun kat ibu, kat paper pun memang takde laporan atau hal aku ni dibahasakan. Aku tempuh benda ni tanpa pengetahuan dia. Dua bulan kena tahan ward, takda khabar dari aku untuk ibu. Lepas dua bulan, hospital discharge aku dari tahanan, aku terus call ibu, aku kata kat dia aku busy buat assignment kat luar liputan rangkaian. Ibu faham. Ibu tahu aku kuat. Jarang aku ada dengan ibu, jarang aku cerita hal peribadi aku pada ibu, bukan sebab aku sombong, aku kesian kat dia, ada lagi adik-adik dan abang aku yang memerlukan perhatian dari ibu lebih daripada aku perlu. Cukup sekadar ibu tahu aku kuat.
Cumanya, tiap kali aku tunjuk yang aku kuat, aku cuma mampu fikir satu benda. Agak-agak kalau ibu dah takda esok, aku kuat ke nak berdiri hadapi fakta dan suratan takdir macam mana aku rempuh tiap kemalangan sebelum ni? Mampu ke aku kuat menahan pedih pemergian seorang ibu? Mampu ke aku tunjuk lagak menahan air mata yang bergenang mahu berjurai saat aku tahu dia pergi?
Ibu lah satu-satunya manusia yang cukup sempurna yang pernah aku jumpa. Dari segala segi.
Angah sayang ibu, angah tak cukup kuat nak luahkan kata-kata ni depan ibu.
Anak ibu ni sentimental dia rendah sangat, dan egoisnya tinggi menggunung.
Tapi, anak mana yang tak sayang permaisuri hidup dia? Anak mana yang tak hargai perit gerih ratu hati dia? Anak mana yang tak sayang ibu dia?
No comments:
Post a Comment