20160427

Pengakhiran

Assalamualaikum
&
Greetings..


"Ini last"

Sana-sini memancar sinar berpinar menerangi ruang mata, pandangan aku berbalam-balam. Pelbagai bentuk dan teknologi kamera dipersembah saat tiap teman-teman berjubah merun bertopi konvo. Ribuan insan memenuhi segenap pelusuk ruang legar. Gembira.

"Akhirnya..."

Aku perhati. Senyuman aku pudarkan. Berjalan perlahan. Menghadap pintu keluar. Mencari udara segar.

Bagai baru semalam aku kenal korang, bagai baru semalam kita bergembira gelak berkongsi duka dan menerangi hidup memasing.

Makin jauh aku langkah makin berat hati aku, tapi aku gaggahkan. Untuk imbasan terakhir, aku toleh kebelakang, cuma nampak muka murni bersih lagi suci penuh dengan lagak gembira walaupun bebola mata bergenang air mata. Syukur. Cukup sampai sini. Lepasni aku akan pergi dari hidup korang. Kalau ditanya satu musabab kenapa aku kejam pada mereka-mereka. Kenapa aku suka tingkatkan amarah mereka dan menyata tiap hal peribadi mereka, aku cuma boleh jawab, "sebab aku tak nak korang sedih bila aku takda" alang-alang menghadap buku baru, zaman baru, masa depan baru, cukuplah aku di memori lama yang tak perlu korang imbas. Heh. Jangan sedih. Jangan cari lagi. Jangan dihubung dengan kenangan.

Sini pengakhiran semuanya..















Salam, dari tanah persekutuan soviet.

No comments:

Post a Comment