20160416

Bukan

Assalamualaikum
&
Greetings

Kadang bila nak mula menaip ni la yang makan masa, bila dah start tu laju je. Tapi tak apa, mana ada orang lahir-lahir terus capai komputer riba muat naik lampiran catatan satu hingga seratus sembilan puluh tiga. Ya, ini post yang ke seratus sembilan puluh empat untuk kalian semua. Kalian itu maksudnya sendiri post sendiri baca. Tak apa. Daripada kita baca benda yang tiada menyumbang sebarang faedah mahupun informasi berguna, ada elok jua kita duduk mentelaah seketika blog usang tiada musimnya.

Aku cuma mahu habiskan rasa rindu pada blog ini, jangan iri hati. Biarlah bibit-bibit remaja baru kenal dunia dahulu kala ini timbul kembali hari ini. Bukan selalu begini. Betapa kemas ayat yang aku susun untuk tatapan nanti. Kagum sekali! Tahniah untuk diri sendiri. Lepasni boleh buat pick-up line usya awek-awek unibersiti. Tadi bukan typo, tapi memang niat nak jadi funny. Haha, babi.

Sorry termencarut.

Cumanya aku mahu kasi tahu, semenjak lebih setahun dua aku kelam dalam dunia maya blogging ini, banyak yang dah berubah. Dari diri sendiri hingga sekeliling aku. Semuanya. Tiada yang kekal selain DIA, remember? Hm. Speaking pulak dah. Berbalik pada topik asal kita, aku sekarang dah study. Study benda yang aku minat. Memang peluang kerja yang lama tu susah nak dapat. Tapi rezeki tuhan bagi. Tak salah timba ilmu, ini pun kira jihad jugak kan? Dan aku dah belajar kat sini hampir setahun, dah nak habis semester 2. Aku pilih teknologi komputer rangkaian ni pun sebab aku memang minat main game. Tapi tak la sampai tahap pro-e-gamer. Aku lebih pada game adventure, atau first-person shooter. Jarang main platform multi-player. Kat sini, ramai kengkawan baru aku jumpa. Aku pun tak harap dorang semua stay, sebab kawan yang dulu semua dah ajar aku satu benda. Takde sapa akan stay sampai mati selain family. So, apa-apa hal, family first.

Aku pun sekarang ni dah takde pacar, cewek, gadis, gelfren or whatsoever. Sebabnya satu je, kewangan yang tidak stabil. Kalau kau student, kau tahu la. Takde income tetap. Kat sini aku cakap secara amnya la, lain la kalau kau buat kerja sambil belajar. Rata-rata student yang ada elaun macam aku ni takde kerja. Kena mula dari bawah. So, focus. Ada masa, ada jodoh, insyaAllah.


Ada banyak lagi nak taip, tapi banyak aspek yang tidak mengizinkan. Sikap malas contohnya. Hahaha.

Till next time, bye-bye!


No comments:

Post a Comment