Assalamualaikum
&
Greetings...
Kita semua pernah lalui fasa dimana jauh tersesat dari jalan lurus, sama ada terjerumus ke belukar yang banyak bunga berduri atau sekadar terjelepok di bahu jalan menunggu seru dari mereka-mereka yang berada di atas jalan lurus itu. Bagi aku, aku bukan kedua-duanya. Sebab aku tak terjerumus ke belukar atau sekadar terjatuh di bahu jalan. Aku lain. Aku sekadar berhenti, tak berjalan. Tapi masih di atas jalan lurus kerana kiri dan kanan aku masih ada orang lalu lalang dan berbisik juga menjerit. Sama. Aku bukan tak nak berjalan, tapi aku macam menantikan seseorang yang betul-betul boleh buat aku rasa selamat, mungkin seseorang yang akan aku pimpin bersama untuk berjalan terus. Kau tak nak macam tu? Aku rasa semua manusia nak macam tu. Nak survive. Tapi kita tak boleh survive sendirian, dan kalau boleh survive sendirian pun tak ke selfish macam tu? Kan boleh tolong orang lain yang masih kat belakang? Tapi. Aku tak tahu. Sama ada apa yang aku fikir ini betul atau tidak. At least aku nak cuba. Kalau tak, aku tak tahu ending dia macam mana. Kalau mana-mana daripada kau orang teringin nak berjalan sama, marilah. Aku tak paksa. Tapi aku nak kau orang rasa apa yang aku rasa, agar kita sama-sama berjaya.
No comments:
Post a Comment