Assalamualaikum
&
Greetings...
Malasnya aku, semalas-malasnya benda dalam dunia ni bila pagi buta dah kena bangun awal pagi pasal nak mencari rejeki demi sesuap nasi. Cliche? Cis! Longlai, aku yang terhuyung-hayang dari kiri ke kanan, dari kanan ke kiri. Kemudian aku terlanggar dinding konkrit bilik dalam gelap gelita ini. Aku maki. Pagi-pagi dah buat aku sakit hati. Aku kuak dedaun pintu dan terus terhuyung-hayang lagi. Suis lampu aku tekan, cahaya terang berderang menerpa ke seluruh pelusuk bilik air dan tak lupa juga ke dalam retina mata aku dipagi hari, teras mahu buta mata dan buta hati. Aku maki. Aku pejamkan mata, meraba dalam terang mencari kepala paip, air sejuk beku mula merenyah keluar direct ke tubuh aku membuat aku kejung berdiri. Aku maki. Sejuknya air dipagi hari itu meresap ke dalam tulang, membuat semua deria dan tubuh aku segar bugar dari hujung rambut hingga hujung kaki.
Enjin motor aku mula memecah keheningan pagi. Sementara menunggu, aku termenung atas motorsikal sendiri. Minda aku terus ke langit gelap tiada isi. Awal lagi, baru jam 6.25 pagi. Perjalanan dimulakan dengan Bismillah dan beberapa kalimah Illahi. Jarum meter tak melebihi 80/kmh dan jarum minyak tak melebihi simbol 'F' menandakan minyak lupa diisi. Angin sejuk awal pagi membuat mata aku tidak berkelip, terbeliak macam sesumpah nak mati. Minda kosong aku digerak dengan beberapa pertanyaan dari hati sendiri.
"Agak-agak rutin harian kau sama tak nanti? Sebab dah nak tahun baru ni"
"Hmm... kita tengok ah acane nanti"
"Tapi aku rasa, sama je lah dengan sebelum ni"
"Kalau kau dah tahu jawapannya, buat apa kau tanya lagi?"
"Suka hati aku lah!"
"Benarkah ini suara hati aku di pagi hari"
Enjin motor aku matikan bila aku tiba di destinasi. Tiada apa yang berubah hari ini.
31 Disember 2013
"Sial la, esok dah tahun baru"
Selamat tahun baru.
No comments:
Post a Comment