&
Greetings..
1 Like - 1 Doa
1 Share - 10 Doa
Gua bukan nak kata apa, tapi kalau setakat bertempik mengguna papan kekunci di sesawang sosial adalah lebih baik kau berhenti. Usaikan segala urusan yang lebih penting, itu lebih bermakna. Takat tekan-tekan papan kekunci dan butang tetikus konon kau ini ingin berjuang dijalan Allah dengan berkongsi tuit-tuit atau status-status berbaur islam walhal tidak kau pasti dari mana sumbernya dan menyambar mereka-mereka yang meminta kepastian pada kau, itu semua aku panggil tahi dunia. Kau tak berguna pada dunia. Sekadar sampah. Aku cukup marah pada mereka, memperguna sesuatu untuk kepentingan sendiri demi meraih pengikut di tuiter dan penyuka-status-anda di fesbuk. Kau fikir segala yang terjadi di mesir itu semua permainan? Untuk kau tunjuk pada dunia kau perihatin dan sila beri perhatian pada kau? Sudahlah, hentikan. Sengaja aku taipkan disini...agar ada mereka yang terbaca juga turut mendoakan agar pintu hati kau dibuka. Sedarlah.
Kita semua sama, yang berbeza hanya warna baju.
Agama itu benda yang tidak berubah.
Manusia yang berubah.
No comments:
Post a Comment