20130613

Kurangnya Aku

Assalamualaikum
&
Greetings..

Kau tahu? Kadang tanpa kita sedar, kita dah lari jauh daripada landasan yang sebenar. Pernah tak dengar satu cerita pasal Tok Imam yang tunggu pertolongan Tuhan, tapi akhirnya dia mati. Pernah tak? Pernah tak? Kalau tak, sini aku cerita..

Dalam sebuah kampung ni ada sorang Tok Imam yang hebat, kalau ada orang sakit, panggil dia; kalau ada orang sunat, panggil dia; kalau ada itu ini semuanya panggil dia. Mengalahkan menteri mahupun Y.B. Allah sentiasa membantu dia kerana dia hanya meminta-minta pada yang maha Esa. Satu hari kampung tu dituruni hujan lebat sehingga banjir. Maka Tok Imam tersebut segera berdoa pada-Nya.

"Selamatkan seluruh kampung, kemudian baru Kau selamatkan aku" dalam doanya.

Semua penduduk kampung berjaya dipindahkan ke tempat yang selamat. Pada masa itu, air mula naikke paras pintu. Tok Imam berdiri didepan pintu sambil menadah tangah.

"Selamatkan seluruh kampung, kemudian baru Kau selamatkan aku"

Maka datanglah dua orang penduduk kampung menaiki sampan berteriak memanggil Tok Imam.

"Tok, marilah tok. Semua orang dah selamat dipindahkan!"

"Tak apa, kau orang pergilah dulu, Tuhan akan selamatkan aku!"

Puas dua orang penduduk itu memujuk, tapi Tok Imam enggan mengikut mereka ke tempat pemindahan. Tatkala itu air mula meninggi ke paras tingkap. Tok Imam tadi terus berdoa.

Tidak lama kemudian, sebuah bot jabatan bomba dan keselamatan datang menghampiri rumah Tok Imam.

"Tok, marilah tok. Semua orang dah selamat dipindahkan! Tinggal Tok sorang ja!"

"Tak apa, kau orang pergilah dulu, Tuhan akan selamatkan aku!" Tok Imam mula menggigil kesejukan.

Puas juga pemuda dan beberapa anggota bomba memujuk, Tok Imam masih berdegil. Setengah jam berlalu, air mula menaik mendadak ke paras bumbung rumah. Tok Imam memanjat naik ke atas bumbung rumahnya.

Datang pula sebuah helikopter menghampiri rumah Tok Imam yang sudah ditenggelami banjir ke paras bumbung tersebut.

"Tok, marilah tok. Tok sorang ja yang tak selamat lagi!" Tempik sorang pemuda dari atas helikopter tersebut.

"Tak apa, kau orang pergilah dulu, Tuhan akan melindungi aku!"

Pujukan kali itu juga ditolak oleh Tok Imam.

Akhirnya Tok Imam tersebut lemas kerana banjir dan hujan lebat tadi. Maka Tok Imam tadi bertanya kepada Tuhan.

"Ya Tuhanku, kenapa engkau tidak membantu aku tatkala aku berada di rumah semasa bencana banjir?"

Maka Tuhan menjawab, engkau telah menolak semua pertolongan aku.

"Bila masa Kau tolong aku?" tanya Tok Imam

Maka Tuhan menjawab lagi, satu dengan sampan, satu dengan bot dan satu lagi dengan helikopter.

Tok Imam kesal, tapi dah terlambat.

--Dipetik dan diubahsuai daripada sumber yang aku dah tak ingat, aku dengar kat ceramah actually.








Gambar ni memang takde kena mengena pun, tapi korang patut tengok cerita ni.











Aku bukan apa, cuma nak bagitahu, kadang-kadang aku pun macam Tok Imam tu. Bukan yang jenis kuat ibadat, tapi yang lagi satu tu, tak nampak pertolongan yang Allah bagi walhal dah depan mata. Jadi kat sini aku nak korang ambil yang mana boleh dijadikan pengajaran, yang mana tak boleh, buang la kat tempat yang kanak-kanak tak boleh capai. Takut nanti diorang jumpa, diorang telan.. Haha.

No comments:

Post a Comment