20130411

Bicara Sia-Sia

Assalamualaikum
&
Greetings..









Gua fikir, mana gua akan pergi selepas ini. Masih adakah masa depan gua yang cerah? Atau apa? Gua resah. Gua gelisah. Tapi gua tenang menghadap segalanya. Mungkin kerana gua punya sahabat-sahabat yang sentiasa bertolak ansur. Sebelum tamat pelajaran gua yang dulu, gua pernah berpesan pada diri gua sendiri yang gua perlu ada satu sijil at least DIPLOMA. Tapi sampai sekarang gua tak tahu nak ambil jurusan apa. Sebab tu gua macam takde hala tuju je sekarang ni. Tapi untuk masa ni, gua ada syarikat sendiri. Bukan untuk gua bangga, tapi untuk gua coba. Gua nak coba sejauh mana upaya fikiran gua ini pada benda-benda bisnes sebegini.

Entah.

Nak mengharapkan orang tua, gua dah malu. Malu nak mintak apa-apa daripada mereka. Gua dah jejak umur sepatutnya punya kerjaya. Sial rasanya. Kalau kau lelaki dan kau sudah capai usia seusia gua, kau tahu bagaimana rasanya.

Duit gua sentiasa tak cukup. Mungkin kerana satu benda. Pembaziran. Gua banyak membazir kebelakangan ini. Gua pun tak tahu kenapa. Kadang kala gua ingin teriak pada dunia, sila turunkan harga segala benda. Ahaha. Tak mungkin berlaku walau seketika, bukan nak salahkan pemerintah negara. Tapi gua nak salahkan diri gua sendiri sebab gua tak mamput tampung perbelanjaan gua. Malah, boleh pula gua berangan mahu bercinta. Sial! Perempuan mana yang nak kan gua? Sudah punya perangai serupa bangsat, hati pula hitam tak bercuci, dikumuh lagi dengan asap rokok (bukan gua yang hisap, tapi keadaan sekeliling gua penuh dengan penghisap rokok tegar) dan yang paling tak best ialah gua tak punya duit untuk keluar makan walau dekat gerai tepi jalan sekalipun. Tapi.. Jujurnya, gua setia. Gua tak pernah lagi putus cinta kerana gua curang. Malah gua hanya putus cinta sebab gua selalu dicurangi kekasih hati yang mula-mula cantik berseri tapi belakang hari perangai serupa babi. Sial!

Jangan risau, kalau kau jadi pacar gua, duit bukan kiraan gua, gua cuma kira sejauh mana sayang kau pada gua. Tapi, perempuan mana yang tak kejar duit? Memang norma wanita atas dunia akan cinta pada harta. Percayalah.

Biar gua sudahkan bicara sia-sia gua ini dengan gambar gua yang paling handsome ni. Ahaha. Okay, bye!

Akallic Aquaculture

No comments:

Post a Comment