20130211

Sigh

Assalamualaikum
&
Greetings..


Aku terus berblogging lagi disini hari ini. Aku klasifkiasi diri aku ini si minda dihujung jari. Setiap ayat yang diberi keluar dari jejari yang menari-nari di atas papan kekunci. Pagi ini aku lemparkan mana yang termampu. Baca dan tumpu. Jangan layu, jangan pernah layu untuk baca apa isi blog aku. Mungkin tak hebat, tapi kau tahu tiada yang sama tepat. Disini sahaja kau boleh dapat.

Hari-hari aku berlalu macam tu. Tiada yang berguna. Barangkali aku tiada matlamat tertanam dalam jiwa. Barangkali. Pokoknya, aku sudah mula rindu zaman belajar seperti dulu; lepak bersama, ketawa, terkinja tanpa sebab hingga hilang suara, pergi situ-sana, bertumbuk tampar, semuanya. Aku sebagai seorang dewasa, sebenarnya terasa ingin hidup berdikari, jauh dari famili, mahu uji diri sendiri, bolehkah hidup dengan kaki sendiri. Masalahnya aku disini pun tak dapat uruskan diri, mungkin terlalu manja dengan famili.

Sepuluh kaki dalam lubuk hati pun takkan ketemu destinasi yang aku impi, entah mana aku tak pasti.

Tapi kalau dikata pada mentaliti, mungkin IT menjadi sasaran destinasi. Tapi aku tak pasti. Dan yang tak pasti ini membuat aku terperangkap di minda sendiri. Aku inginkan kejayaan, tapi aku tak punya perjalanan. Sialnya, bila aku fikirkan semula.

Cukup pasal ini.















Ini pasal cinta, aku memang jarang cakap pasal cinta. Tapi hari ini aku nak cakap tentang semua. Aku sebenarnya suka pada seseoarang, tapi dia pula yang aku tak tahu statusnya. Aku bukan apa, aku tak nak dipermainkan. Sebab aku punya hati manusia biasa, tiada yang istimewa.

Dulu putus kerana dia pinta, kemudian aku beri peluang kedua. Tapi yang berlaku semua sama. Cuma awalnya sahaja berbeda, mungkin untuk menambah keyakinan aku padanya. Aku mahu bersuara, tapi takut dia terasa kemudian terpaksa aku tanggung salahnya semua. Jalan pintas untuk dia. Bukan nak kata aku bijak, tapi aku dah ada pengalaman yang mengajar aku erti ini semua. Kefahaman manusia mungkin terbatas tapi itu tak menandakan aku tak faham apa-apa.

Cukup pasal ini.
















Aku perlukan korang, korang semua!

No comments:

Post a Comment