20120209

Life is Single

Assalamualaikum
&
Greetings..

"Blogger, bila blog terabai je mula lah kata tak sempat, tak ada internet and what so ever. Walhal diorang sebenarnya pemalas!" okay, saya terasa dengan statement kau pondan..

Well, kalau difikir-fikirkan balik. Malas ni datang daripada rajin. Korang tak percaya? Ada contoh disini:



Situasi 1:
Korang RAJIN tolong mak korang pergi pasar pagi-pagi buta. Sedangkan dalam timetable korang sepatutnya masih memeluk teddy bear comel korang tu atas katil dengan air liur basi yang meleleh membasahi pipi gebu korang tu. Then bila balik korang terus mandi-manda and tengok tv kejap. Tak lama lepastu korang terlelap pasal tadi bangun sebelum subuh. Bapak korang yang kebetulan baru bangun terus bertempik kat telinga korang "NAK!! BANGUN LA!! DAH NAK TENGAH HARI NI!! PEMALAS BETUL!!!" See? Tidak semena-mena korang dilabel sebagai pemalas.

Situasi 2:
Sedang korang sibuk bergotong-royong kat rumah kebajikan masyarakat atau rumah orang tua-tua di kawasan kediaman korang, tiba-tiba ada sorang pakcik tegur korang "RAJINnya kau hari ini" sedangkan korang sedang membersihkan kerusi MALAS kepunyaan pak cik tadi.

Well, rasanya itu je kot. Sebab tajuk post ni takde kene mengena pun dengan segala isi kat atas ini. So about Life is Single tu.. Yeah. Untuk orang-orang yang sespesies dengan saya memang tak akan lari dari kehidupan sendirian. Means single la. Kadang-kadang single ni lagi bagus but bila kita berdua lebih banyak kebaikkannya, sebab kita memang dicipta berpasang-pasangan. So nak tak nak memang kena hidup bersama suatu hari nanti kalau dipanjangkan rezeki, umur dan paling penting jodoh.

Hidup single ni tak susah mana pun..sebab korang cuma ada satu hati and korang boleh memuaskan hati korang tanpa ada halangan daripada sesiapa pun. Maksud dia, bebas! FREEDOM! Siapa yang tak suka freedom ye dak? Even Perdana Menteri pun nak kan kebebasan. But, dia dah ada jawatan. Jadi banyaklah tanggungjawab dia. Pandai-pandai la dia! Kah kah..

http://www.imdb.com/title/tt0112573/quotes?qt=qt0440107

Fasal jodoh dan soal kahwin mintak dijauhkan dari fikiran buat masa ni. Kalau ada yang berkenan esok, lusa, tulat ataupun doploh tahun akan datang sedaya upaya di pertimbangkan untuk hidup bersama dia InsyaAllah. Apa pun setakat ni dan sejujurnya semua yang diimpi dan diidamkan adalah kepunyaan dan hak orang. Ptuih, ludah banyak kali. Haha, sebab yang perfect semua dah kena kebas orang. Bukan nak kata yang tak kena kebas tu tak perfect, tapi tak tahu dan tak ada dalam penglihatan pun.. (cuba kira berapa banyak kali dan dalam perenggan ni. Haha!)

Apa pun bila hidup tiada yang mengongkong and dikongkong memang rasa kebebasannya, jadi korang-korang yang ada pasangan tu jaga la pasangan korang bebaik, and untuk yang baru nak menggatal cari teman cinta monyet tu lupakan je lah hajat dan hasrat korang tu.. Seriously Life Single is better! Percayalah!

2 comments:

  1. hek hek time ni misskonspirasi rajin singgah ke blog nie.. salam kenal.. harap sudi singgah blog kita

    ReplyDelete